(3RD Person P.o.V)
Sudah perasan apa yang Z akan lakukan terhadap kakak sepupu kesayangannya itu, Leeya nekad melangkah maju ke hadapan Lorelei untuk cuba menghalang Z.
"Kau buat apa ini? Ke tepi cepat.", Z meminta Leeya untuk ke tepi.
"Tidak, tidak!!!", rayu Leeya dengan muka yang sedih hendak menangis itu.
"Tidak? Kenapa?", tanya Z pula kebingungan.
"Tolong, tolong Lord Parzivalz. Saya merayu sangat kepada Lord Parzivalz. Tolong, tunjukkan belas kasihan, jangan apa-apakan Lorelei. Tolonglah, kasihanilah sepupu saya...", dengan muka yang sedih, Leeya menundukkan kepalanya merayu kepada Z.
"Eh, tunggu kejap, Parzivalz!? Kau kata Parzivalz!?", tanya Rimyuel pula terkejut.
"Hahahahaha.", Z langsung ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah Leeya yang hendak menangis itu.
"Huh? Aduh, senak perut aku. Huh, apalah yang kau merepek ini Cik? Aku tak nak cederakan Lorelei.", jawab Z kepada Leeya. Lantas membuatkan semua orang bingung.
"Betul, betul ke ini? Lord Parzivalz tak akan?", tanya Leeya semula.
"Yup, aku cuma nak tolong dia. Bukan nak lukakan dia.", jawab Z sambil menunjuk ke arah kaki kiri Lorelei yang masih mengalami kecederaan itu.
"Huh, kenapalah semua orang selalu salah faham dengan aku?", kata Z lagi. Dengan satu petikan jari Z sahaja, kaki Lorelei itu sudah sembuh dan pulih sepenuhnya.
"Tak mungkin, Tenaga Magik aku? Dah penuh balik?", Lorelei terkejut.
"Um, Terima kasih, terima kasih sebab menyembuhkan kaki saya dan mengisi semula Tenaga Magik (Mana) saya. Saya rasa lebih baik sekarang.", ucap Lorelei kepada Z. Tetapi Z hanya buat bodoh dan berlalu pergi menuju ke arah Rimyuel yang masih terlentang dihempap sebatang pokok besar. Rimyuel masih mengerang kesakitan yang amat sangat.
Z segera mengangkat batang pokok yang tumbang itu dan mengalihkannya ketepi.
"Um lord, Lord Parzivalz?", Leeya cuba memanggil Z itu.
"Hei bangang, sini, mari aku tolong.", kata Z sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Rimyuel. Tidak sampai beberapa minit, kesemua kecederaan parah yang dialami oleh Rimyuel telah sembuh sepenuhnya oleh sihir penyembuhan Z.
"Huhhhh, legany. Bro, terima kasih. Rasanya aku terhutang budi dengan kau.", kata Rimyuel kepada Z.
Tetapi Z sudah berjalan ke air sungai untuk mengutip semula pistol Gungnir.
"Lord Rimyuel, milord baik-baik saja!?", tanya Lorelei kepada Rimyuel dengan wajah yang risau sambil membantunya untuk berdiri.
"Ya, ya, Aku ok saja.", balas Rimyuel kepadanya.
"Hei sini, ambil balik pistol buruk kau ini.", kata Z lalu melemparkan Gungnir semula kepada Rimyuel.
"Heh, macam sekumpulan orang bodoh saja.", Z mengejek mereka bertiga itu.
"Huh, ok bangang-bangang sekalian. Aku akan tanya benda ini sekali saja. Kita boleh sambung balik untuk membunuh satu sama lain. Iaitu benda yang aku langsung tak galakkan sama sekali. Atau mungkin, mungggggkinnn lah kan, Pilihan kedua. Korang semua setuju nak duduk berbincang dan dengar semua penjelasan aku ini. Jadi, pilihlah dengan bijak?", Z bertanya kepada mereka bertiga. Sambil mereka semua melihat kerosakan di kawasan sekitar mereka yang telah dilakukan oleh pergaduhan mereka sebentar tadi.
"Maaf, saya masih keliru sekarang. Kenapa pula awak secara tiba-tiba rela dan baik hati membantu kami sekarang? Bukankah awak sepatutnya adalah seorang Undead Warlock yang jahat dan tidak berperikemanusian?", Lorelei bertanya kepada Z dengan pandangannya yang masih curiga.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasía"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...