51) Learning Under Master Marksman.

5 0 0
                                    

(Leeya's P.o.V)

11 Ogos 1557, Kalendar Imperial.

Kediaman Von Adelfeld.

Pejam celik, pejam celik. Dua minggu telah berlalu sejak kemenangan kami mempertahankan Fort Leo itu. Serta detik paling gembira dan tak pernah dilupakan di dalam hidup aku setelah melengkapkan hubungan Spiritual Bond dengan Lord Z. Seorang Tuan Putera Raja dari dunia lain, Lord Archmagus dan juga yang paling penting. Lelaki yang ditakdirkan untuk diriku. Masih segar lagi di dalam hati dan ingatan aku, seperti baru saja semalam terjadi.

Sejak malam itu, jiwa dan takdir kami telah bersatu dan sentiasa terhubung antara satu sama lain. Kami boleh merasai dan berbual secara telepati tak kira di mana pun kami berada, pada setiap masa jika kami mahu. Dan sejak malam itu jugalah. Berkat Spiritual Bond kami, kekuatanku telah pun meningkat dengan sangat drastik. Serta, aku kini memikul tugas besar sebagai Lady Apostle nya. Untuk membantu Lord Z sebaik mungkin.

Ini ialah takdir aku di dunia ini untuk membantu Lord Z melindungi kami semua dari ancaman yang siapa tahu mungkin akan datang bila-bila masa saja. Untuk itu, Leeya, diri kau perlulah tumbuh semakin kuat. Dengan giat berlatih menguasai semua kuasa baru aku.

Namun, latihan yang kami jalani sekarang ini sangatlah jauh daripada apa yang aku bayangkan. Dapat berguru terus daripada Lord Archmagus yang sangat hebat. Semua orang akan saling berbunuhan hanya untuk merebut peluang itu. Aku sedia maklum semua latihan fizikal itu akan jadi susah. Tapi tak aku sangka sesusah ini! Sebab sekarang ini, Master aku bukan saja Lord Z. Tapi juga Lord Rimyuel. Seorang mantan Komander Pasukan Elit dari dunia asal mereka. Dan Master yang paling garang, dan paling memaksa sekali di dalam dunia yang aku kenal ini. Ya Tuhanku, aku harap aku tak berada dekat sini sekarang.

Lelaki ini adalah raksasa berwujud elf. Dengan program latihan menyeksakan. Sudah lah begitu, semua orang termasuklah Papa dan Lord Z ibarat tak ada kuasa untuk tolong aku.

Bunyi tiupan wisel yang sangat kuatnya itu mahu saja memecahkan telinga aku.

"Cepat kadet, cepat! Gerakkan tangan korang itu!", jerit Lord Rimyuel bagi memaksa aku dan Lorelei supaya merangkak lebih pantas di atas tanah yang penuh dengan lumpur.

"Master, baik master!", jawab aku dan Lorelei dengan lantang.

"Cepat kadet, panjat tali itu! Cepat! Cepat! Cepat! Cepat!", dengan garangnya di terus memekik di telinga aku. Rasanya boleh pekak telinga aku lama-lama.

"Cepatlah Leeya!", desak Lorelei yang kini sudah berada di atas puncak tembok.

Oh Tuhan, kenapalah aku perlu terlibat dengan semua latihan menyeksakan ini. Ianya disebabkan tindakkan aku yang telah mengabaikan arahan Lord Rimyuel waktu perang hari itu. Jadi, atas alasan itu saja. Dia telah memaksa aku dan Lorelei ini untuk menjalani program latihan tentera menyeksakan yang dia gelar Boot-Camp. Untuk tempoh sebulan. Sebulan?

Sudah seminggu juga aku dan Lorelei terpaksa akur menjalani penyeksaan ini. Setiap hari, tepat saja jam 6 pagi. Jam loceng akan berdering kuat dan mulalah suara dia memekik kuat memanggil nama aku dari luar jendela. Dengan masih tak mandi lagi, aku dan Lorelei akan dipaksa ikut dengan dia berjoging mengelilingi satu padang latihan di belakang rumah kami yang besar itu, 10 kali. Sambil kami dipaksa dia untuk menyanyikan lagu latihan askar nya itu. Kerana kasihannya, Lord Z juga sudi menemankan aku berlatih sekali.

Itu baru permulaan saja. Sebab atas keizinan Uncle Frank sendiri. Lord Rimyuel telah menjadikan padang latihan di belakang rumah kami itu sebagai padang Boot-Camp nya.

Setelah selesai berjoging. Dengan kaki yang masih penat lagi. Kami akan menjalani satu siri latihan pelbagai cabaran di atas padang ini. Kami harus bergerak sambil menarik satu beban kayu balak yang sangat besar sejauh 20 ela. Lepas itu, kami haruslah merangkak di atas tanah berlumpur menyusuri bawah kawad duri sepanjang lagi 20 ela. Memang setiap pagi aku akan makan lumpur dulu. Lepas itu, kami akan memanjat dan menuruni satu tembok batu setinggi hampir 30 kaki menggunakan tali. Lalu meredah kolam lumpur sepanjang 20 ela. Sebelum kami dipaksa mengangkat berat dua buah dumbell. Lepas itu turun melakukan 20 kali tekan tubi. Dan kami haruslah patah balik bagi mengulangi setiap cabaran ini banyak-banyak kali. Semua ini sambil menahan tekanan berat akibat teriakkan sepanjang masa dan bunyi wisel memekakkan telinga dari dia itu.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now