(Z's P.o.V)
Bazar Rakyat Saint Raphael.
Sudah dua minggu berlalu sejak aku tiba di sini. Parzivalz Claudius. Itulah nama aku di dunia ini sekarang. Perlahan-lahan aku berlajar untuk membiasakan diriku dengan suasana kehidupan masyarakat di sini. Dan cara yang paling baik bagi aku adalah dengan bersiar-siar untuk melihat dan merasai sendiri benda-benda menarik yang ada di sekitar ibu kota ini.
Aku nak tahu kegiatan ekonomi masyarakat di sini. Dan yang paling penting dan tak boleh dilupakan, makanan. Betul, makanan adalah hobi aku. Aku ingat lagi dulu, masa aku masih muda lagi di Bumi. Aku pernah beberapa kali jugalah mengembara pusing satu dunia dan pergi menjelajah ke pelbagai tempat dan negara. Demi untuk memenuhi hobi aku sebagai Foodie. Yup, betul itu, makanan adalah magik. Dunia ini adalah frontier baru aku untuk mengembangkan lagi hobi aku.
Itulah sebab aku datang ke sini. Bazar Rakyat ini berada tepat di tengah antara Daerah Adelfeld dengan Daerah Marcoleus. Pasar kedua terbesar dalam Empayar Mahawangsa. Ianya juga hanya beberapa kilometer saja dari Akedemi Sihir Saint Raphael yang tersohor itu. Apa yang aku dengar, pasar ini sudah wujud sejak 4 abad yang lalu. Dan kata mereka lagi, pasar ini juga pusat tumpuan ekonomi rakyat jelata menjalankan bisnes jualan mereka kerana kadar cukai yang agak rendah. Banyak guild besar juga membuka cawangan mereka di sekitar sini. Mereka kata, dekat sini juga banyak gerai yang menjual pelbagai jenis dan bentuk buah-buah segar. Sebab yelah, aku berhasrat untuk membeli banyak buah-buahan segar untuk projek pastri yang aku sudah janji dengan adik Leeya, Lisha nanti. Yup, tempat yang menarik untuk hobi aku. Sebelum itu, aku kena isi dulu perut aku sikit.
Aku betul-betul minta maaf Leeya sebab pergi tak ajak. Sebab aku pun perlu luangkan masa sikit untuk hobi aku juga. Mungkin Singa itu akan merajuk bila aku balik nanti. Huh, aku ini pun, jangan lupa untuk belikan Singa itu sesuatu nanti untuk pujuk hati dia nanti.
Kawasan bazar ini taklah sesak dengan orang ramai. Jalan-jalannya juga dipenuhi dengan kenderaan yang lalu lalang. Sambil di kiri kanannya penuh dengan beribu kedai dan restoran-restoran tempatan. Ini semua jelas membuatkan aku mengimbau kembali waktu aku bersiar-siar di jalan-jalan Jepun atau semasa berada di bazar Turkiye dulu. Sambil berpakaian serba putih, aku terus meronda-ronda bazar ini dan melihat-lihat sekeliling.
Bau-bau pelbagai jenis makanan tempatan yang dijual disini lebih dari cukup untuk membuatkan perut aku menjerit kelaparan. Sambil mendengar jeritan-jeritan para penjual di sini bagi menarik pelanggan mereka.
"Sate! Sate! Sate panas!", jerit salah seorang lelaki telah menarik perhatian aku. Gerai dia menjual hidangan sate. Sudah lama juga tekak aku tak merasai sate. Nak tahu juga macam mana rasa sate dekat sini. Aku lantas duduk di salah sebuah bangku yang ada.
"Sate tuan? Kita ada Sate Ayam, Sate Daging Lembu, Sate Babi, Sate Horn Rabbit, Sate Thawr. Tuan boleh rasa dulu sebatang.", katanya dengan senyuman mempelawa aku. Sambil juga dua orang pekerja lelakinya sibuk membakar sate-sate yang telah diperap.
"Abang tengok itu? Ada bangsawan datang kedai kitalah.", kata salah satu pekerjanya kepada kawannya.
"Yelah, jarang juga orang kaya datang dekat sini?", kata kawan sekerjanya pula pasal aku. Lain macam saja pandangan mereka dekat aku. Mungkin pakaian aku yang agak mewah. Manakala tuan kedai ini dengan gembiranya terus melayan aku.
"Yup, sedap juga Sate Thawr ini. Aku nak 20 cucuk. Tak nak kuah kacang.", kata aku untuk membuat pesanan. Serius aku kata, keenakkan dan kelembutan daging Thawr ini bagi aku setara dengan daging Wagyu dari Jepun itu.
"20 cucuk Sate Thawr dengan 20 cucuk Sate Horn Rabbit. Jadi 700 Syilling Gangsa saja tuan.", minta tuan kedai itu. Aku pun baru perasan sesuatu setelah mengeluarkan dompet aku dari poket aku. Aku hanya ada Syilling Emas saja. Aku masih tak ada duit kecil.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasía"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...