(Leeya's P.O.V)
Setelah selesai menikmati jamuan lewat malam, aku dan Lorelei membawa dua orang Lord Avatar kami ke bilik-bilik penginapan tetamu.
"Silakan masuk milord.", jemput aku setelah membukakan pintu bilik nombor 1.
Lalu Lorelei terus menyalakan kristal sakti untuk lampu dan juga kipas siling bilik ini menggunakan sebahagian kecil tenaga magik dari sentuhan jari telunjuk kanannya.
"Oh, aku faham. Kristal-kristal hijau dekat tepi pintu itu macam suis elektrik. Korang pun guna pendawaian elektrik eh?", tanya Lord Rimyuel pula. Soalan apa pula yang dia tanya sekarang ini.
"Pendawaian elektrik?", respon aku kebingungan sejenak.
"Maaf milord. Kami tak faham maksud milord itu?", tanya Lorelei yang sama seperti aku tidak mengerti.
"Tak kawan. Lampu, kipas itu, hampir semua teknologi diorang tak guna elektrik atau pun elektronik. Tapi diorang gunakan apa yang aku boleh panggil, litar sihir bersepadu yang menggunakan tenaga magik. Kristal-kristal hijau itulah sihirnya.", jelas Lord Z pula.
"Wow, macam mana milord tahu?", aku terpegun.
"Hehehe, adalah. Bakat aku sebagai Archmagus.", Lord Z tersengih.
"Lupa pula aku yang kita dekat dunia lain.", kata Lord Rimyuel pula.
"Takpe milord. Kita semua faham yang dunia kita sangat berbeza.", kata Lorelei pula.
"Yup, aku kagum. Ini bilik kita orang ke?", tanya Lord Z kepada kami berdua pula.
"Kita apanya? Kau pergi ambil bilik lain.", balas Lord Rimyuel pula.
"Huh, yelah.", jawab Lord Z yang akur pula.
"Jangan risau Lord Z. Kami ada banyak lagi bilik. Lord Z tinggal pilih saja.", kata aku pula kepada Lord Z.
"Apa kata Lord Z ambil saja bilik yang di hujung sana itu?", cadang Lorelei pula.
"Skill, Create Pistol.", tiba-tiba, Lord Rimyuel menggunakan sihirnya dan menyeru senjata magiknya itu.
"Milord?", kata aku yang bingung. Kenapa pula tiba-tiba dia keluarkan senjata sakti nya itu. Ada apa-apa yang salah ke?
"Lord Rimyuel letak senjata magik bawah bantal?", tanya Lorelei juga kebingungan.
"Heh, memang takkan hilang ke tabiat kau itu?", perli Lord Z kepada Lord Rimyuel.
"Sorry bro, sis, aku dah terbiasa.", jawab Lord Rimyuel sebelum pergi ke sinki.
"Jomlah Lord Z.", aku memimpin tangan Lord Z untuk pergi memilih biliknya.
"Aku ambil yang inilah.", minta Lord Z. Ianya bilik bernombor 30. Bilik ini terletak menghadap salah sebuah taman bunga keluarga kami.
Sama seperti bilik Lord Rimyuel itu, semua bilik penginapan untuk tetamu, semuanya telah pun lengkap disediakan oleh para pembantu di rumah kami untuk menerima kehadiran dua orang Lord Avatar kami. Uncle Frank juga telah mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli perabot-perabot yang baru. Semuanya harus sempurna untuk memenuhi standard dan menjaga nama baik dan prestij keluarga Von Adelfeld.
"Macam mana Lord Z?", tanya Lorelei.
"Lord Z sukakannya tak?", tanya aku juga dengan rasa was-was.
"Yup, tentulah. Hei Lorelei, Leeya. Terima kasih sebab tolong aku dengan Rimyuel. Kalau tak apalah nasib kita orang agaknya?", ucap Lord Z kepada kami berdua.
Aku berdoa teramat sangat yang Lord Z suka dan selesa dengan semuanya yang kami boleh tawarkan disini. Lord Z seorang Putera Raja dari dunia lain. Kami tak tahu setinggi manakah standard dan citarasa dia.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...