(Z's P.o.V)
Sedang aku berjalan menghampiri Leeya dan Lorelei itu, telinga panjang dan runcing aku ini dapat mendengar ramai yang berbisik tentang aku. Berdasarkan tatapan mata mereka, ada di antara mereka yang keliru dan takut. Sebahagian daripada mereka bersyukur dan berterima kasih kepada aku kerana masih lagi hidup. Sebahagian daripada mereka masih lagi terkejut selepas menyaksikan segala-galanya. Rasanya minda orang-orang biasa ini perlukan masa yang panjang untuk memulihkan diri mereka setelah mengalami PTSD seperti ini.
Aku berhenti sebentar untuk menelaah sesuatu di dalam Sistem Menu Avatar aku. Sementara Rimyuel pula membantu mengumpulkan askar-askar yang terselamat.
"Tahniah. Anda telah mengalahkan Death Hydra (Level 50) × (5). Anda telah menerima 6,000,000,000,000,000 + (1,200,000,000,000,000) jumlah EXP.", kata satu notifikasi pada Skrin Menu aku.
"Lady Leeya, lelaki itu, Lord Z. Dia Lord Avatar milady, betul?", tanya Kapten Haas dan Kapten Henry kepada Leeya.
"Ya, tentulah. Dia Lord Archmagus saya.", jawab Leeya dengan bangga.
"Lord Archmagus. Sungguhlah seorang penyihir teragung dengan kuasa sakti tanpa tandingan. Dia dengan mudah menghabiskan riwayat semua lima raksasa kelas Legend tadi tanpa terluka sedikit pun. Seperti lima ekor Hydra tersebut hanyalah Undead biasa saja. Lord Z itu, kuasanya sangatlah jauh di luar batasan akal kita.", kata Kapten Henry dengan riak wajah yang agak takut dan tak percaya.
"Betul itu Henry, tiada bangkangan sama sekali. Lelaki itu, dia adalah seorang dewa nak dibandingan dengan manusia macam kita. Dewa magik.", kata Kapten Haas pula.
"Apa maksud Kapten itu?", tanya Leeya pula.
"Seriuslah? Milady berdua tahu bukan? Bahawa betapa mencabar dan sukarnya untuk menggunakan satu serangan sihir peringkat High-Tier yang sangat kuat seperti Great Beam of Light?", tanya Kapten Henry kepada mereka berdua.
"Serangan Grand Scale Magic, tentulah. Sihir-sihir yang paling hebat zaman kini. Tak ada orang di seluruh Empayar ini pun yang mampu lakukannya secara solo.", jawab Lorelei.
"Betul itu. Kebiasaannya, kita memerlukan kerjasama Syncro Magic, satu batalion orang Mage Rank-B hanya untuk melepaskan satu serangan sihir sebegitu. Tetapi sebaliknya, Lord Archmagus dengan mudah berjaya melancarkan bukan satu atau dua, tetapi 16 serangan sihir tingkat Tier-8 yang sama, secara serentak?!", kata Kapten Haas pula.
"Tak Haas. Melihat pada skala saiz dan kuasa pemusnah yang sedasyat itu, aku yakin sangat. Setiap satu sinaran itu setara dengan magik Tier-9.", kata Kapten Henry pula.
"Tier-9?! Tak mungkinlah?! Magik yang hanya wujud pada zaman dulu saja.", respon Leeya dan Lorelei pula.
"Seriuslah kau Henry. Itu sangatlah mustahil tahu tak?", balas Kapten Haas pula.
"Mustahil? Bagi kita semua ya mustahil. Bagi Lord Z dan Lord Rimyuel itu...?", kata Kapten Henry pula.
"Um, kalau Kapten berdua sendiri yang kata macam itu. Saya rasa menyesal pula sebab telah mencabar Lord Z tadi untuk memperlihatkan kuasa dia.", kata Leeya pula dengan nada bersalah.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasi"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...