(3rd Person P.o.V)
15 minit kemudian. Di sekitar kawasan Perkuburan Besar Gergasi Tua.
Kelihatan satu kompeni askar dan penyihir sedang giat bertarung melawan sekawanan besar zombie. Yang mengetuai kompeni ini adalah seorang kesatria berpangkat kapten yang lengkap menyandang baju perisai hitam keemasan. Serta juga seorang penyihir wanita yang berambut auburn cerah panjang yang diikat kemas, lengkap menyandang baju perisai hitam kemerahan. Penyihir muda ini bernama Lorelei.
"Rasakan. Dark Orb.", Lorelei berjaya meletupkan seekor zombie menjadi kepingan dengan sihirnya.
Ketika semuanya asyik bertarung, tiba-tiba mereka jelas telah mendengar bunyi-bunyi dentuman tanpa henti, bunyi tembakan telah dilepaskan berulang kali diiringi oleh bunyi jeritan undead di atas bukit 1,200 meter di hadapan mereka.
"Apa kejadah pula!? Semua orang! Tengok atas sana itu!", jerit seorang askar kepada mereka semua. Semua tumpuan langsung terarah pula ke atas puncak bukit di hadapan itu. Kelihatan beribu-ribu ekor undead yang sangat besar sedang meluru ke arah mereka semua seperti gerombolan massa kerbau gila.
"Undead Gergasi!? Ini tak baik, ini tak baik!", kata Lorelei. Nampaknya gerombolan undead gergasi itu sedang diserang hebat oleh sesuatu, lebih tepat lagi oleh seseorang.
"Rempuhan Undead Gergasi!", teriak beberapa orang askar.
"Semua orang, cepat! Bentuk formasi pertahanan!", kapten kompeni mereka memberi mereka arahan dengan suara lantang.
Lantas sebuah formasi bulatan dibentuk oleh pasukan mereka.
"Milady Lorelei, lihat itu. Ada seseorang yang sedang melawan mereka semua!", kata seorang askar sambil mengarahkan telunjuk kirinya. Individu yang dimaksudkan itu ialah Rimyuel yang tidak henti-henti melepaskan tembakkan sambil melompat ke sana sini.
"Makan ini, Hexa-Cast, Fiery Missile!", jerit Rimyuel sambil menembakkan sihir api nya kepada sekumpulan Skeleton yang cuba menyerangnya. Bunyi ledakkan-ledakkan yang kuat terhasil. Ianya telah menghapuskan sebahagian daripada mereka menjadi abu.
"Seorang Pyromancer?", ucap seorang Healer yang berdiri berhampiran Lorelei itu. Sambil mereka jelas melihat Rimyuel sedang melawan gerombolan undead yang besar itu sendirian dengan tembakkan bertubi-tubi pistol dan serangan magik apinya.
"Biar betul!? Adakah Mage disana itu dia, The Demon Hunter of The West?", Lorelei menyuarakan pertanyaannya.
"Cepat semua. Kita mesti tolong dia!", arah Lorelei cuba mengumpulkan pasukannya untuk maju ke hadapan. Sambil kelihatan juga dia membawa beg tangan yang mengandungi sesuatu yang terus bersinar merah terang sejak dari tadi. Lorelei dan beberapa dozen askar berdekatannya mempercepatkan langkah mereka untuk mara ke arah Rimyuel.
"Mampus!", kata Rimyuel sambil dia terus melepaskan tembakan bertubi-tubi, dan dia berjaya membunuh 4 ekor lagi Giant Zombie. Bar EXP nya terus melonjak naik.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...