12) Heading Back.

14 3 0
                                    

(Z's P.o.V)

Selepas selesai membersihkan diri aku. Kami berempat sudah bersedia untuk berjalan pergi dari tempat ini.

"Hmmmm, tengoklah satu sungai yang indah ini sekarang sudah jadi apa?", kata aku kepada diri sendiri. Satu kawasan ini nyaris hancur disebabkan aku dan Rimyuel. Melihat hasil kemusnahan yang disebabkan oleh pertempuran aku melawan Rimyuel tadi. Aku perlu lebih berhati-hati tentang persekitaran aku dengan juga pilihan mantera sihir yang aku mahu gunakan lepas ini. Mana tidaknya, satu pancaran laser sihir Beam of Light aku saja sudah mempunyai kuasa pemusnah yang setara dengan satu tembakkan laser mata Superman itu. Nyaris saja aku terbunuh Rimyuel waktu tadi. Nasib baiklah dia selamat.

"Hei Rimyuel, aku sudah hantar jemputan untuk satu Party dengan kau. Terimalah.", minta aku kepada Rimyuel sambil sibuk membelek-belek menu sistem Avatar aku.

Sama seperti permainan MMORPG. Asasnya, fungsi Party ini membenarkan seorang pemain untuk bergabung tenaga dengan pemain yang lain untuk membentuk satu skuad yang boleh terdiri dari 2 hinggalah 10 orang pemain. Bagi tujuan menjalankan misi, mengalahkan Raid Boss dan sebagainya. Perkara yang paling bagus tentang fungsi Party ini bukan sahaja untuk tujuan keselamatan diri. Tetapi juga, setiap ahli Party akan mendapat jumlah EXP yang sama apabila mereka berjaya mengalahkan musuh. Sangat berbaloi.

"Ok sudah.", jawab Rimyuel setelah menekan butang Terima di skrin menunya itu.

"Wow Lord Z. Lord Z kelihatan sungguh berbezalah dari sebelum ini.", puji Singa ini pula kepada aku.

"Oh, iya ke. Terima kasih.", kata aku. Nampak gayanya Singa ini cuba untuk berbaik-baik dengan aku. Hmmm, baguslah. Aku pun nak juga sambung berkenalan dengan dia.

"Hei korang, buat apa lagi itu, cepatlah!", tegas Rimyuel kepada kami berdua.

"Huh itu dia dah marah kita. Jom gerak.", ajak aku kepada Singa ini.

Dengan Rimyuel bertindak sebagai jurupandu dan peninjau kami, kami mula berjalan pulang menuju ke arah rombongan ekspedisi yang sudah bersedia menunggu kepulangan kami. Dengan menggunakan laluan yang paling cepat dan selamat untuk mengelakkan sebarang interaksi dengan penunggu-penunggu hutan yang tidak diingini.

"Berlindung semua, aku boleh uruskan ini.", kata Rimyuel kepada kami sambil dia memerhati di atas sebuah batu besar. Dengan pantas dia menembak mati setiap Ghoul Spider sedang tergantung di atas pokok menunggu mangsanya dengan senapang Mk14 EBR miliknya. Manakala aku, Leeya dan Lorelei bersembunyi saja di sebalik batu itu.

"Semua tango down. Cepat gerak.", arah Rimyuel kepada kami.

"Syukurlah, tak salah aku ini sudah masuk kali ketiga kita hampir termasuk ke dalam perangkap labah-labah tak guna itu. Nasib baik ada Lord Rimyuel. Kalau nak harapkan Leeya yang kelam-kabut ini. Habislah kita semua.", kata Lorelei sambil memerli sepupunya itu.

"Hei, apa kau kata!?", marah Leeya pula.

"Cik, perlahankan sikit suara kau itu.", tegur aku pula.

"Tapi betul lah, tak dapat disangkal lagi. Dengan senjata magik di tangannya itu, Lord Sentinel memanglah seorang penyihir berbahaya dan luar biasa.", kata Leeya pula.

"Mestilah, Demon Hunter of The West yang hebat di dalam legenda itu. Demon Lord yang paling kuat pun terketar-ketir mendengar nama Lord Sentinel.", kata Lorelei pula. Wow, ternyata moyang Rimyuel itu seorang penyihir dan pahlawan yang badass gila masa zaman Perang Hebat beribu-ribu tahun dulu. Mana tak nya, sampai boleh terkenal seantero dunia.

"Lord Z, Lord. Milord kawan rapat Lord Rimyuel. Mesti Lord Z tahu banyak tentang Lord Rimyuel. Boleh tolong kongsikan tak, siapa sebenarnya Lord Rimyuel ini?", minta Lorelei kepada aku.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now