33) Defense of Fort Leo, Opening.

6 1 0
                                    

(3rd Person P.o.V)

Jam 3:17 petang. Menara Pusat Kawalan Fort Leo.

Pasukan Khas. Ketua: Lord Archmagus, Parzivalz.

Kelihatan Z yang sedang berdiri di atas dinding batu penghadang itu sedang memberi ucapan kepada 506 orang ahli pasukannya.

"Kawan-kawan! Kita elakkan pertarungan jarak dekat selagi boleh. Ingat semua, tugas korang semua. Apa saja bentuk raksasa yang cuba naik ke sini. Kita hapuskan. Jangan bagi muka. Faham semua!?", kata Z dengan suara yang lantang.

"Yes milord!", jawab mereka dengan satu sorakkan yang lantang.

"Leftenan Merrick.", Z memberikan isyaratnya.

"Semua Kesatria! Ambil posisi menembak masing-masing!", arah Lt. Merrick kepada semua 500 orang Imperial Knight yang ada. Dengan segera mereka bergerak dan mengambil pos menembak masing-masing di sepanjang dinding tembok tersebut. Mereka semua bersedia di dalam bentuk formasi skuad 10 orang untuk melancarkan serangan sihir jarak jauh mereka. Manakala di sudut yang lain pula.

Sayap Kiri North Gate.

Division Pertama. Ketua: Wizurai Jeneral, Duke of Von Griffin, Eisenhower.

"Jangan takut, jangan gentar wahai perwira-perwira! Kita ada pelindungan suci dari Lord Archmagus dan Lord Sentinel! Bunuh mereka semua dengan senyuman di muka kamu! Inilah harinya untuk kita semua tunjukkan semangat keberanian Mahawangsa! Inilah harinya untuk mereka semua mati!", kata Duke Eisenhower itu dengan suara yang lantang sambil dia menjulang tinggi panji Empayar Mahawangsa yang dikibarkan pada batang tombak saktinya untuk membangkitkan semangat bertarung lebih 15 ribu anak-anak buahnya tersebut.

"Daulat Mahawangsa!", teriak Duke Eisenhower.

"Daulat Mahawangsa! Daulat Mahawangsa!", ianya disambut dengan kibaran panji-panji dan sorakkan yang sangat kuat lagikan bergema.

Division Kedua. Ketua: Kolonel, Count Oliver Fritzgerald dan Baron Zizek Hamilton.

"Dengar kata Tuan Duke Eisenhower itu semua! Kita akan musnahkan mereka semua disini. Demi kemuliaan tanah air kita!", teriak Earl Oliver kepada lebih 10 ribu Adventurer sukarelawan yang dipimpin oleh beliau.

"Betul itu, demi kemenangan!!!!", teriak Baron Zizek sambil menjulang tinggi busur sakti miliknya tersebut.

Division mereka juga terbahagi kepada lebih kurang 100 kumpulan. Setiap kumpulan itu mempunyai sekitar 10 skuad. Dan setiap skuad itu mempunyai sekitar 10 atau lebih orang Adventurer yang datang dari pelbagai latar belakang dan Guild yang ada di wilayah ini.

"Mage, sediakan serangan pengeboman jarak jauh!", arah Count Oliver yang sedang bersedia dengan tongkat saktinya dengan suara yang lantang.

"Pemanah! Sediakan anak panah SPB kamu semua!", arah Baron Zizek juga.

Sayap Kanan North Gate.

Division Ketiga. Ketua: Komander, Brigadier Jeneral, Marquess Alex Von Griffin.

"Perang!", teriak Komander Alex sambil menjulang tinggi tombak saktinya.

"Perang! Perang! Perang! Perang! Perang!", teriak seluruh pasukannya sambil mereka terus menghentakkan kaki dan senjata masing-masing. Beliau memimpin sebanyak lapan ribu orang Imperial Mage, 12 ribu orang Askar Pemanah dan juga 5 ribu orang Imperial Knight.

Division Keempat. Ketua: Kapten, Baron Haas Von Griffin dan Lord Sentinel, Rimyuel.

Kelihatan mata Hawkeye Rimyuel itu sedang asyik meneropong bayangan kehadiran musuh mereka itu menggunakan sejenis skop berteknologi tinggi.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now