(Z's P.o.V)
Berbeza dengan acara jamuan lewat malam sebelum ini. Waktu makan tengah hari kali ini, ianya hampir sunyi sepi tanpa apa-apa perbualan. Leeya, Lorelei dan ahli-ahli keluarga mereka sangat takut untuk bersuara. Apatah lagi bertentang muka dengan kami. Tangan Leeya dan juga Lorelei terketar-ketar ketakutan memegang sudu untuk menikmati sup mereka. Ayah-ayah dan ibu-ibu mereka juga pun begitu. Aku pun, kerana masih panas hati lagi. Aku tiada semangat untuk menjamu selera. Setiap hidangan yang sepatutnya enak-enak di depan aku ini. Semua ini kelihatan sangat pahit dan penuh duri tajam.
Rimyuel yang duduk di sebelah kiri aku pun begitu juga. Sejak dari tadi, dia dengan senyap dan perlahan-lahan menjamah sepotong kek dan juga menghirup secawan teh saja. Hidangan yang para pelayan disini cuba sajikan kepada dia. Rimyuel hanya mengangkat tangan untuk menolaknya saja. Dan di bawah napkin dia juga, ada disembunyikan sepucuk pistol yang lengkap dengan penyenyap bunyi (sound suppressor). Jika dia ataupun aku mengesan adanya penggunaan apa-apa sihir di sini. Jari dia tak teragak-agak untuk tarik picu pistolnya itu.
(Pistol yang boleh diseru oleh Rimyuel menggunakan Firearm Skill, Create Pistol. Gambar hanya lah sekadar illustrasi.)
"Abang Z? Abang tak makan apa-apa pun? Tak sedap ke?", sapa Lisha yang duduk di sebelah Leeya kepada aku.
"Takpelah Lisha, korang saja makan dulu. Abang tiba-tiba sakit perut pula.", jawab aku sambil cuba tersenyum kepada dia. Selang beberapa ketika kemudiannya.
Setelah kami semua selesai menjamu selera. Aku mengelap mulut dan mula bersuara.
"Ahem, minta maaf? Aku rasa ini masanya?", minta aku kepada mereka.
"Baiklah. Made, Adi, Lisha. Kita kena minta diri dulu ya. Untuk bagi peluang kepada mereka semua berbincang.", Marquise Leticia segera bangun bagi membawa mereka yang tak berkenaan untuk keluar meninggalkan dewan ini.
"Berbincang pasal apa mama? Majlis pertunangan ke?", tanya Adileine.
"Betul ke Lord Z? Dengan siapa? Saya nak dengar sekali, bolehlah?", minta Madeleine pula yang menolak untuk bangun. Dua orang perempuan ini pula masih tak faham situasi lagi ke apa? Sempat lagi korang berdua nak buka tajuk yang tak munasabah ya?
"Ahem?!", tegur ayah mereka berdua, Marquess Frank dengan tegas.
"Hei, ini bukan urusan kamu berdua. Cepat bangun.", tegas Earl Muniere pula kepada mereka berdua.
"Abang Rimyuel, Abang Z? Kak Leeya dengan Kak Lorelei ada buat apa-apa salah ke abang?", tanya Lisha pula yang berdiri disebelah aku ini dengan muka yang risau semacam melihat aku dan juga air muka kakak-kakak dia itu.
Hahahaha wow, budak perempuan yang satu ini pula layak mendapat pujian. Nampak dia ada bakat istimewa untuk membaca dan merasa emosi orang lain. Yup, untuk usia semuda ini, pandangan dia agak tajam juga.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...