54) The Mystical Beast, Part 1.

2 0 0
                                    

(Z's P.o.V)

Rumah Agam Von Adelfeld.

Setibanya di rumah, aku telah disambut oleh adik kecil Leeya, Lisha. Senyuman dia yang teruja itu mengharapkan sesuatu daripada aku. Kalau Lisha saja aku tak kisahlah. Tapi dua orang kakak sepupu kembar dia pun ada sekalilah. Aduhai, aku kalau boleh nak mengelak saja dari Si Madeleine dengan Si Adileine ini.

"Tolonglah, lepaskan. Bini aku tengah panggil aku itu.", minta aku kepada mereka.

"Leeya masih sibuk layan tetamu dia. Jomlah milord, temankan saya?", rayu Adileine itu sambil menarik paksa lengan aku.

"Tolong milord, tak lama pun. Jomlah, temankanlah saya berlatih sihir?", rayu kakak nya juga sambil menarik paksa lengan aku. Mereka berdua sedang mengunci sekuat mungkin lengan aku. Dan menarik paksa aku supaya menjauhi pintu ruang tamu itu.

"Maaf, aku tak free sekarang.", kata aku lagi. Sambil aku melihat pintu ruang tamu itu dibuka oleh seseorang. Seseorang dengan hati yang panas meluap-luap.

"Hei, lepaskan Abang Z!", marah Lisha kepada mereka berdua.

"Ahem! Hei!", tegur Leeya dengan suara lantang terhadap kami. Rimyuel dan Lorelei yang berada di dalam ruang tamu itu juga keluar bagi melihat kami.

"Huh, balik pun kau.", kata Rimyuel yang bersandar di pintu.

"Kawan, tolong aku?", minta aku kepada Leeya dan Rimyuel.

"Lepaskan Lord Z aku sekarang juga!", arah Leeya kepada mereka berdua. Sebelum dia membawa aku menjauhi mereka.

"Alah, sibuklah Leeya. Kita orang pun perlukan tunjuk ajar Lord Z. Betulkan, bolehlah Lord Z, bolehlah?", rungut dan minta mereka berdua.

"Suka hati korang saja nak tarik-tarik tangan laki orang lain.", marah Lorelei pula.

"Hei, korang nak tunjuk ajar sangat eh? Aku boleh bagi. Macam mana, nak tak?", tanya Rimyuel dengan tatapan segarang helang kepada mereka berdua.

"Maaf milord, tak nak!!!!!!", mereka berdua langsung cabut lari dari sini kerana kecut perut, dan takut menerima nasib yang sama seperti kakak-kakak mereka ini.

"Aik, orang dah offer, tak nak pula?", ketawa Lorelei kepada mereka. Huh, selesai lah sudah satu masalah.

"Abang Z dah dapat ke semua bahan yang kita perlukan?", tanya Lisha kepada aku.

"Yup, tentulah. Semua buah segar dari....", jawab aku dengan rasa gembira.

"Ahem, milord?", celah Leeya pula sambil tersenyum kepada aku. Oh shit, aku dapat lihat kepulan aura kemarahan daripada Singa ini.

"Lisha, boleh kita orang pinjam Abang Z sekarang tak? Sebab ada orang nak jumpa dengan Abang Z sekarang ini?", tanya Rimyuel pula sambil menunjukkan perempuan yang aku jumpa tadi kepada Lisha .

"Dia kawan kakak dengan abang ke?", tanya Lisha.

"Luna, kenalkan adik aku Lisha.", Leeya memperkenalkan Lisha.

"Selamat berkenalan. Saya Alisha Von Adelfeld. Senang bertemu dengan Kak Luna.", dengan tataterbib bangsawan Lisha memperkenalkan dirinya.

"Minta maaf ya Lisha. Lepas ini, kalau free abang ajar resepi baru itu dekat Lisha.", kata aku pula sambil melutut kepada Lisha.

"Yay, tak sabarnya Lisha nak buat kek baru dengan Abang Z.", kata Lisha melompat keriangan itu.

"Yup, lepas ini ok.", kata aku sambil mengusap manja kepalanya.

"Bye, jumpa masa lunch nanti.", kata Lorelei juga.

"Yay, nak buat kek baru. Yay, nak buat kek baru. Yay......", kata Lisha berulang-ulang kali sambil dia berlalu pergi dari sini.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now