(Z's P.o.V)
Beberapa ketika kemudian.
Kami mengisi masa terluang dengan berbual, tetapi sebelum aku sedari pun, kami sudah hampir memasuki bandar. Seluruh konvoi, termasuklah juga kereta dinosaur kami sudah berada dan sedang bergerak di dalam satu barisan di atas jalan raya utama ke arah pos pengawal. Aku juga dapat melihat bahawa, tidak ada satu pun bongkah batu bata atau kayu ataupun batang besi yang membentuk sebuah tembok tinggi bagi melindungi bandar itu.
"Lord Rimyuel, Lord Z. Inilah bandar kami. Selamat datang ke Daerah Adelfeld.", kata Lorelei sebagai ucapan selamat datang ke bandar ini kepada kami berdua. Pada pandangan pertama aku, bandar, ataupun daerah ini kelihatan seperti mana-mana bandar besar di Eropah semasa Era Renaissance. Dan juga, Daerah Adelfeld huh. Aku menganggap nama bandar itu semperna keluarga bangsawan mereka yang telah pun mentadbir seluruh kawasan ini untuk satu generasi yang panjang, mungkin. Yup, sama seperti Sistem Feudal yang biasa di Bumi.
"Pada masa yang sama. Selamat datang juga ke ibu kota, Inderapura. Mahkota bagi Empayar Agung Mahawangsa.", kata Leeya pula sebagai ucapan selamat datang ke ibu kota Inderapura ini kepada kami berdua. Sambil mata aku terus memerhati keadaan sekeliling tatkala kami bergerak semakin hampir untuk memasuki bandar tersebut.
"Ibu negara korang. Mhmm, agak menarik. Biar aku teka. Ibu kota korang Inderapura, mirip dengan sesuatu, sesuatu seperti. Aku tak tahu dengan tepat untuk jelaskan ini dengan kata-kata. Mhmm......aha, dapat pun. Satu City-State megapolitan gergasi dengan berbagai daerah dan bandar di dalamnya. Sesuatu yang macam itu, betul tak?", kata aku kepada mereka. Aku harap mereka berdua ini betul-betul faham apa yang aku cuba sampaikan.
"Mohon ampun, saya tak pasti maksud Lord Z. Tapi, selain daerah kami. Ada banyak lagi daerah, saya tidak pastilah jumlahnya, mungkin beberapa dozen daerah lain di dalam ibu kota, Inderapura. Setiap daerah ini ditadbir oleh seorang Tuan Datuk Bandar yang berasal daripada keluarga bangsawan di Empayar Mahawangsa ini.", terang Leeya kepada saya.
"Jadi, apa pendapat milord tentang bandar kami, cantik tak?", tanya Lorelei.
"Hmmm yeah, satu bandar yang cantik dan menarik.", jawab Rimyuel.
"Yup, cantik, boleh tahan. Tapi ini hanya pendapat aku saja, korang semua mungkin mengambil konsep perlindungan dan pertahanan bandar ini agak, longgar. Maklumlah, tiada satu dinding ke tembok pun.", aku memberikan komen aku kepada mereka.
"Lord Z, tentang dinding itu, sebenarnya kami...", kata Leeya mencuba menjelaskan sesuatu. Tetapi dipotong oleh Rimyuel.
"Tak, kau salah faham ini bro. Mata kasar kau itu yang tak nampak. Ada saja dinding halimunan yang cover satu bandar itu sekarang. Yelah, hampir 30,000 kaki tinggi. Pilihan bijak untuk melindungi seluruh bandar ini daripada dicerobohi makhluk-makhluk yang tak diingini.", jelas Rimyuel pula kepada kami.
"Wow Lord Rimyuel, bagaimana milord boleh tahu tentang Pertahanan Dinding Suci halimunan istimewa kami hanya dengan melihat saja dari sini?", tanya Leeya dan Lorelei.
"Lupa ke? Aku ada ini.", balas Rimyuel sambil menunjukkan ke arah matanya. Tidak lama, kami tiba di pos pengawal. Setiap kereta termasuk kereta kami perlulah menunggu di dalam barisan yang panjang untuk melakukan satu pemeriksaan keselamatan dan membayar tol sebelum diizinkan memasuki bandar. Huh, tak ubah seperti dekat Bumi.
"Roadblock, kastam eh?", soal Rimyuel.
"Berhenti!", arah seorang pengawal yang membawa kertas dan pen mengarahkan kereta kami berhenti di hadapan pintu pagar. Terdapat juga berpuluh-puluh pengawal lengkap berbaju perisai sedang berkawal di sekitar sini bersenjatakan sejenis busur silang magik dan juga pedang magik. Kawasan ini juga disinari oleh tiang-tiang lampu limpah berkuasa magik.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasía"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...