(3rd Person P.o.V)
Di sebalik kabus tebal hutan, Kapten Haas dan seluruh anak buahnya yang masih sibuk melawan gerombolan Ghoul Spiderling dan Ghoul Spider. Mereka tiba-tiba mendengar bunyi dentuman yang tidak terkira banyaknya, hasil daripada berdas-das tembakkan pistol Gungnir yang dilepaskan oleh Rimyuel. Dapat dilihat di sepanjang laluan Rimyuel dan Lorelei, terdapat banyak bangkai lelabah yang baru mati ditembak oleh Rimyuel.
"Kapten, kapten, dekat di sana itu. Ada orang sedang menuju ke sini!", jerit seorang askar melaporkan kepada Kapten Haas. Mereka samar-samar dapat melihat kurang daripada 50 meter; Lorelei sedang berlari menuju ke arah mereka.
Sementara Rimyuel mengekorinya dari belakang sambil menembak mati beberapa ekor lagi labah-labah yang cuba menyerang mereka.
"Leeya, Kapten Haas. Adakah semua orang baik-baik saja!?", Lorelei menjerit sambil terus mempercepatkan langkahnya sepantas mungkin ke arah pasukan mereka.
"Oh, Lady Lorelei, selamat berjumpa dengan milady lagi. Macam mana pula dengan pasukan Milady disana? Dan siapa ini pula?", Kapten Haas bertanya kepada Lorelei sambil tumpuannya mula beralih ke arah Rimyuel yang berdiri di belakang Lorelei tersebut.
"Leeya, kau dekat mana? Kau main sorok-sorok dari aku ke apa? Keluarlah cepat! Aku nak kau jumpa dengan seseorang yang istimewa!", sementara itu dengan nafasnya yang tercungap-cungap, Lorelei menjerit memanggil Leeya. Tetapi tiada jawapan daripadanya.
"Panggil saja Rimyuel. Aku...", Rimyuel memperkenalkan dirinya kepada Kapten Haas tetapi sebelum dia sempat menghabiskannya, Lorelei mencelah perbualan mereka.
"Em Kapten. Dimanakah Leeya? Sebab saya tak nampak pun dia ataupun merasakan kehadiran tenaga magiknya langsung?", dengan muka yang agak risau, Lorelei bertanyakan kepada Kapten Haas di mana Leeya berada.
"Saya, saya benar-benar minta maaf Lady Lorelei.", jawab Kapten Haas dengan muka yang penuh rasa bersalah.
"Hei, apa maksud kau itu huh?", tanya Rimyuel pula kepada Kapten Haas.
"Sebenarnya. Semasa kabus tebal tadi, Lady Leeya telah meninggalkan kami semua lalu secara berseorangan telah berlari meredah jauh ke dalam hutan ini. Sudah hampir tiga jam kami semua mencari Lady Leeya. Tapi masih lagi tak jumpa pun dia sampailah sekarang ......", dengan rasa bersalah Kapten Haas menerangkan apa yang berlaku kepada mereka.
"Tunggu. Kau orang semua biarkan dia pergi meredah jauh ke dalam hutan puaka ini, SENDIRIAN!? Huh, sungguh bijak!", balas Rimyuel pula.
"SENDIRIAN!!!! Aduhai Si Bodoh Leeya ini. Apalah sebenarnya yang difikirkan oleh otaknya sampai buat benda berbahaya ini!?", marah Lorelei yang sangat risau sambil dia menendang-nendang bangkai seekor labah-labah yang terbaring di atas tanah.
"Hei, nak memarah ke apa, lepas ini. Yang penting sekarang ini, kita perlu cari dulu Leeya ini secepat mungkin, capeesh?", kata Rimyuel kepada mereka.
"Apa yang kita tunggu lagi? Jom mulakan operasi cari Leeya.....", kata Lorelei pula. Tetapi dengan segera dicelah oleh Rimyuel.
"Eh kejap. Mhmmm, macam ini jelah. Belakang sana itu, tak jauh dari sini kan ada satu gua itu. Tempat yang sesuai. Jadi, korang semua duduk diam-diam saja dekat situ. Biar aku seorang saja yang pergi redah hutan ini untuk cari Leeya itu. Itulah rancangan yang paling berkesan sekarang.", Rimyuel memberikan buah fikirannya kepada mereka.
"Lord Rimyuel pasti ke? Hutan ini sangat besar. Ditambah pula dengan kabus dalam hutan ini masih tebal sekarang. Ianya sangat susah untuk melihat apa-apapun pada waktu malam di dalam kabus setebal ini.", beritahu Kapten Haas kepadanya.
"Huh, bukannya masalah pun. Aku ada ini.", jawab Rimyuel sambil menunjukkan telunjuknya ke arah matanya. Lalu dia mula berjalan perlahan-lahan meninggalkan mereka.
"Tunggu, tunggu saya Lord Rimyuel. Izinkan saya ikut sekali.", kata Lorelei meminta Rimyuel membawanya bersamanya.
"Huh, kau pasti ke Lorelei? Bahaya tahu. Kaki kau itu pun masih tak elok lagi. Lebih baik kau duduk...", beritahu Rimyuel untuk memintanya tetap kekal disini bersama mereka semua. Namun dibantah oleh Lorelei.
"Tidak! Leeya itu adik sepupu saya, keluarga saya sendiri. Saya tidak peduli apa-apa pun, asalkan saya boleh membantunya sekarang. Ini tanggungjawab saya. Tolonglah bawa saya sekali Lord Rimyuel!", rayu Lorelei untuk menyakinkan Rimyuel itu.
"Huh, apa-apa sajalah. Jom cepat.", kata Rimyuel. Sambil membawa Lorelei, dengan pergerakannya yang lincah, Rimyuel melompat dari pokok ke pokok seperti ninja. Sambil terus menggunakan penglihatan istimewanya, Rimyuel cuba mencari kelibat Leeya di sebalik kabus tebal dari tempat yang tinggi.
Ianya sudah lebih 20 minit berlalu dan akhirnya mata Rimyuel berjaya mengesan keberadaan Leeya. Leeya sekarang sedang duduk berhampiran tepi sebatang sungai.
"Hei Lorelei. Aku rasa aku sudah jumpa Leeya.", Rimyuel memanggil Lorelei yang sedang di dalam pangkuannya itu.
"Betul ke? Mana dia itu?", tanya Lorelei setelah Rimyuel menurunkannya kembali. Kedua-duanya kini sedang berdiri di atas salah satu pokok yang tertinggi di hutan itu.
"Sebatu ke arah sana. Dia tengah duduk dekat tepi sungai sana itu.", beritahu Rimyuel kepadanya sambil terus memerhati dari ketinggian itu.
"Huh syukur, syukurlah. Adakah dia baik-baik saja?", tanya Lorelei setelah menarik nafas lega.
"Mhmm, aku rasa dia ok. Tapi kan, ada orang lain dengan dia sekarang ini.", beritahu Rimyuel. Sambil matanya terus memerhati dari jauh, meng zoom in seperti kamera pengawasan jarak jauh.
"Orang lain? Siapa?", tanya Lorelei kehairanan.
"Aku tak pasti. Tetapi, siapa pun dia ini, satu badan dia penuh dengan lumpur minyak hitam. Dan aku pasti dia itu bukan orang biasa. Seorang Mage mungkin? Sebabkan dia ini memancarkan sejenis aura tenaga magik yang sesangat kuat?", beritahu Rimyuel lebih lanjut tentang pemerhatiannya tersebut kepada Lorelei.
"Aura tenaga magik yang sesangat kuat!?", kata Lorelei.
"Aha, aku agak dia lagi kuat dari aku.", jawab Rimyuel.
"Oh Tuhanku, oh Tuhanku. Ini sangat teruk, sangat teruk. Saya benar-benar yakin, yang dia itu ialah Undead Warlock yang menghantui seluruh kawasan hutan ini. Dan dia telah menculik Leeya, oh tidak, tidak, Leeya?!", Lorelei mula cemas tak tentu arah.
"Hei, nanti dulu. Undead Warlock? Apa bendanya itu?", tanya Rimyuel pula.
"Milord tak tahu ke? Undead Warlock, raksasa kelas Mythic yang sangat, sangatlah berkuasa, jahat lagi menakutkan. Mereka kata, dengan kuasa sihirnya, dia boleh mengubah apa-apa saja atau sesiapa saja menjadi hamba undead nya.", jelas Lorelei kepada Rimyuel.
"Mhmm, wow, menarik. Kau pasti...?", kata Rimyuel pula.
"Lord Rimyuel, ini bukan masanya untuk WOW lah. Tolong, tolonglah bantu saya selamatkan Leeya sekarang. Sebelum sesuatu berlaku kepadanya. Saya merayu sangat....", gesa Lorelei dengan wajah yang cemas dan ingin menangis kepada Rimyuel.
"Ya, ya, sabarlah. Jangan meluru.", jawab Rimyuel untuk menenangkan Lorelei.
"Kita ada vantage point yang sangat bagus di atas ini. Apa kata Lord Rimyuel guna saja Tombak Magik Gungnir untuk bunuh Undead Warlock itu dari atas sini. Macam yang milord buat waktu tadi itu?", Lorelei memberikan cadangannya.
"Mhmm, nope. Aku ada pelan yang lagi bernas. Untuk selamatkan Leeya dan bunuh Undead Warlock itu.", kata Rimyuel pula.
Maka Rimyuel pun membisikkan pelan dia ke telinga Lorelei.
"Baguslah milord, apa kita tunggu lagi? Jomlah.", kata Lorelei pula.
"Kejap eh. Sebelum aku lupa.", jawab Rimyuel sambil membelek-belek paparan skrin hologram sistem Avatarnya itu.
Sebelum itu. Adalah lebih baik jika anda VOTE dan tinggalkan jejak COMMENT anda dibawah. Terima kasih atas sokongan anda semua.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasía"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...