63) The Mythical Beast, Part 3.

11 2 0
                                    

(3rd Person P.o.V)

Pusat Dungeon Manticore. Hutan Paya Mandrake.

Pertarungan mereka bertiga melawan Bos Dungeon tersebut baru saja bermula. Namun Cyber, Freeman dan Rimyuel sedang dibuat kewalahan akibat gimik dari skill Doppelganger Manticore tersebut. Ianya bukan saja menyedut curi Mana Z, tapi juga sedang menggunakan beberapa skill dan serangan sihir yang ditiru daripada katalog Z.

"Hexa-Cast, Pollux Thousand Gamma Blaster.", Manticore tersebut menggunakan satu lagi sihir High-Tier bersama skill Energy Burst milik Z.

"Shit!", kata Freeman. Maka beribu-ribu ledakkkan tenaga putih terjadi.

"Lord Freeman?!", jerit suara Minerva.

"Lord Rimyuel?!", jerit Lorelei juga. Tatkala tiga orang Lord Avatar mereka itu terus dihujani dengan beribu-ribu bedilan sihir elemen Pollux tanpa henti tersebut.

"Oh Tuhanku. Dasyatnya?! Apa benda semua serangan sihir itu?", soal Luna.

"Serangan Grand Scale Magic Lord Z.", jawab Athena.

"Ini kali pertama saya tengok Grand Scale Magic. Gila kuat.", respon Luna pula.

"Itu semua baru serpihan saja dari kuasa magik tahap infiniti dia.", jawab Athena.

"Baru serpihan saja? Serangan sihir dengan daya penghancur yang macam itu boleh lenyapkan seluruh pasukan kita dengan sekelip mata saja.", kata Marquess Gustiani pula.

"Betul kata Tuan Marquess itu. Kita bernasib baik saja sebab tak terserempak dengan raksasa itu.", kata Profesor Justin pula.

"Semua Chimera, sila respon?", tanya Z kepada mereka bertiga.

"Milord?!", ngeluh Leeya, Lorelei dan Minerva dengan hati semakin risau kepada Z. Dan sementara itu jugalah. Menerjang keluar dengan laju daripada letupan-letupan sihir itu.

"Skill, Berserker Kick!", Cyber menggunakan skillnya keatas musuh itu. Ianya diikuti juga serentak oleh Freeman. Serta beberapa das tembakkan dari senapang M107 Rimyuel.

"Skill, Draconic Guillotine!", Freeman juga melompat tinggi di udara mahu menetak mati Manticore itu dengan skillnya. Semuanya tepat menyasarkan ke arah Manticore itu.

Namun malangnya, beberapa kaki sebelum mengenai Manticore itu. Sebuah lapisan dinding yang lutsinar telah menghentikan semua serangan mereka itu.

"Sial!", kata Cyber dan Freeman merasa hampa. Sambil menyaksikan sendiri semua serangan mereka gagal meretakkan walau sedikit pun pertahanan musuh mereka. Apatah lagi melukakannya.

Sudahlah begitu. Serangan mereka langsung mencetuskan sejenis serangan balas.

Entah bagaimana? Tiba-tiba saja Cyber dan Freeman diserang secara mengejut oleh sejenis serangan berbentuk sumpahan yang tak kelihatan. Sambil juga gumpalan besar tenaga magik Cyber dan Freeman meresap keluar dari badan mereka. Lalu disedut masuk ke dalam badan Manticore itu seperti span yang menyerap air dengan sekelip mata.

"Fu**?! Apa benda itu?!", soal Rimyuel kebingungan melihat apa yang terjadi.

"Mana korang?! Dia curi Mana korang!", kata suara Z.

"Jaga-jaga!", jerit Freeman kepada Cyber dan Rimyuel. Kerana di depan mereka itu.

"Hexa-Cast, Mass Sarin Flowering Reanimation.", Manticore itu pantas melancarkan satu lagi sihirnya. Kali ini berbentuk ribuan akar-akar duri tajam yang menjalar hidup keluar dari 6 ribu lingkaran sihir berbentuk bunga teratai putih gergasi di atas tanah.

"Sihir apa benda pula itu?!", kata Marquess Gustiani yang bertambah bingung.

"Bangang, sihir elemen Tanah aku juga?!", Z cuba menahan rasa terkejutnya.

Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.Where stories live. Discover now