(Z's P.o.V)
10 minit telah berlalu.
Aku terus menggunakan kuasa Miracle Ring Virtue serta Cherub ke atas Lord Night Raven. Banyak dan semakin banyak Mana aku dihisap oleh sumpahan Manticore durjana ini.
"Keadaan dia dah stabil sekarang.", kata aku setelah mengusap rambut aku.
Seluruh tubuh sedang diselimuti oleh aura tenaga putih yang tak kesat di mata. Kuasa Miracle Ring Cherub aku tak ubah seperti mesin talian hayat dia sekarang.
"Syukurlah.", kata Luna dengan lega.
"Dan Manticore itu pula?", tanya Cyber.
"Dia tak boleh menyorok dari mata aku.", jawab aku sambil tersengih.
"Menakjubkan, inilah pertama kali saya melihat Healing Magic Tier-9. Jauh dari apa yang saya boleh bayangkan. Sangatlah luar biasa, sangatlah hebat.", kata Tuan Justin pula dengan perasaan takjub. Aku rasa matanya sejak tadi tak berkedip pun melihat cincin aku.
"Saya harap saya dapat catat semua ini sekarang juga?", katanya lagi.
"Syukurlah sayang.", kata ibu dan ayah Luna juga sambil memeluk anak mereka.
"Tabahlah eh, kau akan jumpa dia tak lama lagi.", kata Rimyuel kepada Luna.
"Betul itu, kami semua tak sabar nak berkenalan dengan Lord Night Raven kau.", kata Leeya juga yang sedang berdiri di sebelah aku dengan rasa gembira.
"Archer yang paling hebat dalam legenda Dark Elf. The Medjay of Thousand League. Champion of Harakhte.", kata aku lagi.
"Nampak macam kau tahu banyak pasal dia Perci?", kata Cyber pula.
"Yup, lebih kurang.", jawab aku dengan bersahaja.
"Wow, dengar macam kuat sangat. Tak sabar nak tengok antara aku dengan dia. Mana lagi kuat?", kata Freeman dengan riak bangganya.
"Mestilah Lord Freeman saya yang lagi kuat. Itu adalah fakta.", kata Minerva pula.
"Yelah. Lord Freeman kau power.", balas aku dan Cyber pula untuk menyindir.
"Terima kasih semua. Terima kasih.", kata Luna yang tersenyum lega itu.
"Terima kasih milord, milady. Kami sangat bersyukur dan sangatlah terhutang budi dengan semua jasa baik ini. Terima kasih.", tunduk ayahnya kepada kami.
"Saya tak boleh bayangkan. Semua penderitaan dia. Sebesar mana semangat dia untuk bertahan hidup.", kata Marquess Gustiani sambil menatap wajah Lord Night Raven ini.
"Untunglah, kalau orang biasa. Dah lama dah arwah.", kata Cyber.
"Cyber?", tegur Rimyuel. Tapi kata Cyber itu ada betulnya juga. Berbeza dari bangsa Manusia. Jangka hayat seorang Elf kebiasaannya boleh mencapai ratusan tahun. Malah ada Elf yang boleh hidup lebih dari seribu tahun pada zaman dulu. Rahsia hidup lama bangsa Elf tersimpan dalam Spirit Circuit mereka.
Tapi disebabkan tenaga hayat dia telah pun dicuri oleh Manticore durjana itu. Seluruh badannya sedang merosot di dalam kadar yang agak pantas. Tanpa sokongan hayat dari kuasa Miracle Ring aku, dia boleh bertahan kurang dari beberapa jam saja, sebelum menemui ajal.
"Katakan saja nasib baik menyebelahi kita semua. Dia ada skill yang buatkan dia liat nak arwah.", jawab aku. Yup, betul itu. Dengan skill Eye of The Angel dengan Cincin Virtue aku ini. Aku boleh curi lihat semuanya pasal Lord Night Raven ini. Semudah membaca buku.
"Kau buat keputusan yang betul Luna. ", puji aku kepada Luna.
"Atas semua usaha kau Luna. Aku patut bagi kau ganjaran.", kata aku lagi. Yup, betul itu, disebabkan jasa dia dan keluarga dia telah menjaga kawan kami ini. Adalah baiknya jika aku memberitahu dia sesuatu yang boleh menceriakan dia, sebagai tanda terima kasih.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...