(Z's P.o.V)
Setelah mendengar apa yang dilaporkan oleh MARIA itu. Luna mula naik emosi.
"MARIA, cukuplah itu.", arah Cyber pula.
"Luna, sayang?", ayah dan ibunya cuba menenangkan dia.
"Lord Z, tolonglah. Tolong kata yang semua itu tak betul. Lord Z dah janji dengan saya untuk selamatkan nyawa dia kan?!", Luna menuntut penjelasan daripada aku.
"Sabar sayang, sabarlah.", pujuk ayahnya sambil memeluk dia.
"Chillax, sabar Luna. Ini baru diagnosis. Baru analisis awal saja. Belum apa-apa lagi pun.", ucap aku juga untuk menenangkan Luna.
"Betul ke Lord Z?", tanya Luna yang sedikit lega itu.
"Yup, masih belum terlambat lagi. Aku takkan bagi dia mati senang-senang macam itu saja.", jawab aku dengan satu senyuman dengan harapan dapat menyakinkan dia.
"Betul itu Luna. Masih ada harapan lagi.", ucap Leeya juga.
"Jadi, apa pula sekarang?", tanya Cyber kepada aku.
"Masa untuk uji hipotesis kita tadi.", kata aku sambil membuka sarung tangan putih yang aku pakai sejak tadi bagi menampakkan 6 bentuk Miracle Ring aku.
"Huh, kejap. Kau nak guna Meta-Codex kau Perci?", soal Cyber kebingungan.
"Milord nak cuba heal dia dengan kuasa Miracle Ring itu?', tanya Lorelei pula.
"Seriuslah bro?", soal Rimyuel juga kehairanan.
"Hei Z, kau ini salah tidur ke? Karang, dengan magik kau sekali kena sedut?", tegur Freeman juga dengan muka was-was.
"Yup, satu cara saja nak tahu?", kata aku dengan selamba. Sejujurnya, aku tak betul-betul yakin sama ada, pelan aku ini akan jadi ke tak. Satu cara nak tahu?
"MARIA, kau teruskan saja scan dia.", arah aku kepada robot kawalan MARIA itu.
"Aku dapat tengok dengan mata sendiri. Kuasa magik Shitenshi Yang Agung.", kata Tuan Justin juga yang tiba-tiba teruja itu.
"Ya Tuhanku, tolonglah menjadi.", doa mereka sambil melihat ke arah aku.
Aku segera menghalakan tapak tangan kanan aku ke arah dada Lord Avatar ini.
"Cincin Ketiga, Cherub, Divine Restoration.", ucapku. Lantas dengan serentak mata dan juga cincin Cherub di jari manis kanan aku menyala putih terang untuk 30 saat.
"Tuan, jantung pesakit ini mula pulih dan berdegup perlahan-lahan. Paru-paru pesakit ini juga mula pulih.", lapor MARIA melalui skrin monitor itu.
"Ya Tuhanku. Ianya berhasil ke?", respon Luna yang terharu melihat dan mendengar ucapan MARIA itu. Perlahan-lahan kelihatan dua organ penting lelaki ini mulai sembuh.
"Tuan, Elemen asing itu. Semua jarum nanoskopik itu langsung berhenti menyerang sel-sel yang lain. Mereka semua sedang tertumpu kepada sihir Tuan Z.", lapor MARIA lagi.
"Wow. Macam tak percaya sajalah?", kata Cyber juga.
"Shit, benda Manticore ini pelahap betul.", aku segera menyahaktifkan magik aku itu.
"Pulak dah, kenapa kau berhenti?", soal Rimyuel kepada aku.
"Teruskanlah milord. Sihir milord itu menjadi.", kata Minerva juga.
"Yup, korang tengoklah sendiri. Benda sumpahan ini tak boleh tahan nafsu untuk makan tenaga magik Meta-Codex aku itu.", kata aku pula.
"Magik Tier-9 pun kena makan macam itu saja.", kata aku lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/342380482-288-k59666.jpg)
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Фэнтези"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...