(Z's P.O.V)
Pintu Gerbang Selatan, Fort Leo. Northern Border Pass.
Terdapat dua buah tugu singa jantan dari perak yang mempersonakan, masing-masing setinggi 50 kaki sedang duduk berkawal di kiri dan kanan pintu utama bagi gerbang selatan ini. Dinding Gerbang Selatan ini juga dicat dengan dua warna rasmi, Biru Navy dan Kuning Emas. Kepala singa bersurai juga terdapat pada insignia keluarga bangsawan Von Griffin itu. Insignia mereka terpampang jelas pada setiap panji yang menghiasi patung-patung dan dinding tembok Gerbang Selatan ini. Panji-panji Empayar Agung Mahawangsa, Noble House of Von Regaleon dan juga beberapa keluarga bangsawan lain turut berkibaran bersama panji-panji Von Griffin. Apa yang aku difahamkan. Sejak bergenerasi. Sebahagian besar Wilayah Utara, termasuklah Northern Border Pass ditadbir secara autonomi oleh Duke of Von Griffin. Mereka penyokong terkuat paksi Kaisar Darius V. Dari status politik mahupun kekuatan ketenteraan, mereka jauh lebih unggul dari keluarga Von Adelfeld. Akan tetapi, dengan adanya aku dan Rimyuel disini, status quo itu telah berubah dengan drastik.
"Hei, apa semua ini?!", marah Leeya dan Lorelei.
"Bro, bro, kita boleh bincang cara baik. Tak perlu main acu-acu senjata macam ini eh?", kata Rimyuel. Sambil kami mengangkat kedua belah tangan kami. Mana tidaknya. Ramai askar telah pun mengepung dan mengacukan senjata-senjata sakti mereka ke arah muka kami.
"Hei, siapa kalian semua ini hah?!", tanya salah seorang Legion yang segak berpakaian baju besi keemasan.
Kedatangan mengejut kami kesini telah pun memeranjatkan semua orang, termasuklah ramai perajurit serta orang-orang awam yang sedang berada di kawasan pintu gerbang ini.
"Tolong dengar dulu semua orang!", jerit Kapten Haas dengan lantang.
Nasib baiklah ada Kapten Haas. Berkat akalnya, dia berjaya meredakan keadaan dan menjelaskan semuanya kepada semua hadirin disini.
"Sihir teleportasi jarak jauh? Biar betul kamu Haas?", respon ketua perajurit itu dengan rasa penuh curiga.
"Betul uncle, maksud saya Tuan Komander. Kami datang kesini dengan bantuan sihir Lord Archmagus, tuan.", jawab Kapten Haas sambil berdiri tegak.
"Tuan, semua yang Kapten Haas cakap itu benar, tuan.", sokong Jason pula.
"Tuan, seperti yang tuan lihat sendiri. Mereka berdua ini Lord Archmagus dengan Lord Sentinel. Sebagai wakil dari Noble House of Von Adelfeld, kami berenam telah datang ke sini untuk membantu usaha mempertahankan Fort Leo, tuan.", Johnny menjelaskan semua nya kepada atasan mereka, Brigadier Jeneral, Sir Alex Von Griffin. Iaitu Commander-in-Cheif bagi seluruh Fort Leo ini.
"Tuan Komander. Ini dari ayah saya, Marquess Frank, tuan.", Johnny menyampaikan segulung warkah bersama sehelai panji Von Adelfeld yang dilipat kemas.
"Oh, begitukah. Terima kasih Leftenan Jonathan.", jawab Komander Alex dengan senang hati. Beliau seorang kesatria dengan lingkungan umur awal 40 an dan memakai satu set lengkap Golden Legion Armor. Komander Alex ialah Pak Long kepada Kapten Haas itu.
Legion ialah sebuah pasukan kesatria paling elit dan ahli-ahlinya mendapat julukan, Pedang Emas Empayar Mahawangsa.
Berdasarkan pengamatan aku, Komander Alex juga ialah seorang pengguna elemen api dan dia pastilah jauh lagi kuat dari Kapten Haas sendiri.
"Mohon ampunkan saya. Apa betul kalian ini mereka?", tanya Komander Alex untuk mendapatkan kepastian.
"Yeah. Komander sudah dengar sendirikan? Aku Rimyuel. Ini Z. Dua orang ini pula Apostle kami, Lorelei dengan Leeya.", Rimyuel memperkenalkan diri kami.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...