(Z's P.O.V)
Jam kini menunjukkan 11:27 malam.
Setelah selesai semua tugas aku di Menara Kawalan yang terletak di tembok North Gate ini. Aku pergi membersihkan di sebuah bilik mandi awam. Setelah itu, aku mahu mengambil masa untuk baring berseorangan sambil menikmati pemandangan langit malam daripada atas bumbung Menara Kawalan ini.
Waktu ini jugalah aku telah menerima banyak panggilan telepati jarak jauh daripada kawan-kawan lama. Mereka semua ini juga merupakan Lord Avatar. Seperti aku dan Rimyuel, mereka juga telah tiba dengan keadaan selamat dan tersebar di pelusuk kerajaan-kerajaan asing yang sangat jauh dari sini. Ada yang turun di Kerajaan Bangsa Beastman. Ada yang telah turun di Kerajaan Manusia Timur. Ada yang telah turun di Kerajaan Bangsa Elf. Ada juga yang telah tiba di bahagian Blok Selatan Empayar Mahawangsa ini.
Namun, daripada ramai-ramai mereka. Ada seorang kawan aku ini yang telah menarik perhatian aku. Dia baru saja tiba beberapa jam yang lalu. Dia jatuh terhempas di tengah sebuah hutan bukit bersalji, berhampiran sebuah perkampungan besar yang terletak di sebuah lembah bersalji. Yup, itu berita bagus.
Berita buruk pula. Perkampungan besar yang dimaksudkan ini telah pun dibantai oleh bala tentera Raksasa Demonoid dari Siberia. Ini bermakna di berada jauh di utara. Soalannya sekarang, di utara mana? Mungkin jauh di dalam kawasan Siberia? Aku dan dia sendiri pun tak tahu dengan tepat di mana sebenarnya kawasan perkampungan itu.
"Hei Freeman, kau yakin boleh buat benda ini?!", tanya aku kepada dia itu.
"Jangan risaulah Z. Kau dengan Rimyuel tunggu saja dekat sana. Aku sedang di dalam penerbangan sekarang.", jawab Freeman.
"Minta tolong jaga sekali Apostle aku itu.", pesan Freeman kepada aku.
"Yelah, aku janji.", jawab aku.
"Kau itu juga. Apa-apa hal terus call. Dan tolonglah, jangan buat apa-apa benda yang bangang.", pesan aku kepada Freeman pula.
"Aku akan cuba.", jawab Freeman. Sebelum talian dimatikan oleh dia.
"Huh Freeman ini.....", aku hanya boleh berharap yang dia tak pergi memandai-mandai cari pasal dengan satu angkatan musuh itu.
Aku dengan Rimyuel mahu merahsiakan perkara ini. Aku malas nak buat perkara ini menjadi balak yang besar. Aku takut kalau kami sibuk nak pergi selamatkan Freeman itu. Ianya akan menarik perhatian semua orang, lalu menyebabkan huru-hara malam ini.
Apa-apa sajalah, daripada aku risaukan dia itu. Baik aku cuba chillax sekarang ini. Aku pun perlukan rehat yang cukup untuk hari esok.
Sambil berbaring di atas bumbung menara kawalan ini, mata aku terus kusyuk melihat bintang-bintang di langit malam itu. Langit malam ini boleh tahan cerahnya. Sambil fikiranku dibuat melayang ke udara. Sedikit-sebanyak aku dapat memahami kenapa orang-orang zaman dulu sangat taksub dengan bintang-bintang dan cakerawala. Aku harap yang aku ada teleskop lama aku sekarang.
"Aku harap aku boleh jumpa keluarga aku buat kali terakhir. Banyak hal yang aku nak dan perlu minta maaf dekat diorang semua.", bisik hati kecil aku.
Fikiran aku terus mengelamun jauh. Kelopak mata aku layu, tertutup perlahan-lahan.
"Lord Z?! Lord Z?! Lord Z?!", sayup-sayup aku mendengar suara seseorang menyeru nama aku. Mungkin itu imaginasi aku saja agaknya.
"Lord Z?! Lord Z?!", panggil suara itu lagi berkali-kali. Sekejap, inikan suara Leeya. Leeya? Aku pantas terjaga dan perlahan-lahan membuka kelopak mataku yang masih layu ini.
"(Menguap panjang). Leeya?", tutur bibir aku. Aku lihat dia sedang bercakap dengan 4 orang pengawal yang ada di depan pintu masuk itu. Lalu tanpa arah tujuan, dia menyambung memekik nama aku lagi.
YOU ARE READING
Destiny 00. Dihidupkan Semula Di Dunia Sakti Sebagai Penyihir Agung.
Fantasy"Kematian boleh mengubah perspektif hidup seseorang. Mungkin?" Selepas meninggal dunia akibat satu kemalangan semasa menjalankan kajiannya. Parzivalz (Z), telah membuat kesepakatan dengan satu entiti yang menggelarkan dirinya Semangat Dunia Andromed...