KIM-ICHA : BAB 1

8.8K 153 9
                                    

Berbaring si kembar di hadapan televisyen pada hujung minggu yang redup itu. Raisa seperti biasa, sangat hebat dalam multi-tasking. Sambil menonton drama korea yang sedang bermain di layar kaca televisyen, sambil itu dia membaca novel yang baru sahaja dibeli kelmarin tanpa pengetahuan mamanya, Datin Dr. Kamilah.

"Icha, fokuslah tengok cerita ni. Nanti tak faham, sibuk tanya Ina," bebel Ku Amra Raina.

Kakak kembarnya yang beza umur hanya berjarak 20 minit pada waktu kelahiran.

Terpanggung kepala Raisa tersengih lalu menutup sebentar novel yang dibacanya tadi.

"Novel cerita pasal apa pulak tu?" Tanya Raina berbasa-basi. Diperhati sahaja novel di tangan Raina. Tidak pernah nampak pula novel itu sebelum ni.

'Confirm beli sorok-sorok dari mama ni!' Tergeleng-geleng kepala Raina melihat hobi adik kembarnya itu.

"Baru je baca dua bab. Tapi kalau baca sinopsis dia, heroin ni kena tangkap basah lepas tu heroin ni bercerai dengan husband dia. Tapi diorang get back balik kot. Tak tahulah. Kena baca sampai habislah baru boleh tahu apa ending dia," jawab Raisa.

Mengiring dia pada Raina mula tangan bermain dengan tangan lembut Raina. Raina membiarkan sahaja tangannya dielus Raisa. Sudah terbiasa dari kecil adiknya itu suka mengusap tangannya ketika duduk berdua ketika tiada berbuat apa-apa.

"Euw, macam cliche je cerita macam tu Icha?" Komen Raina.

"Biarlah, Icha memang suka cerita cliche cliche ni. Malas nak baca cerita berat-berat, pening-pening kepala," juih bibir Raisa.

Tersenyum Raina lalu kembali fokus menonton drama.

"Icha, nantikan, Ji Chang Wook ni nak datang Malaysia. Nanti kita pergi nak? Nak tengok dia depan-depan! Mesti handsome gila kan?"

Terangkat kepala Raisa kemudian laju mengangguk.

"Nak nak nak! Tapi bila? Time kita dah start praktikal ke? Harap dia datang waktu cuti!" Semangat Raisa dengan tiba-tiba. Dalam ramai-ramai pelakon korea, Raisa dan Raina sungguh berkenan dengan Ji Chang Wook itu. Semakin tua semakin mengancam bak kata Raisa.

"Cik Yicha!!!"

"Oi mak kau gila!" Lancar mulut Raisa melatah sehingga terangkat kakinya akibat terkejut melampau.

Raina juga terbangun apabila wajah comel anak buahnya, Ku Adam Arjuna muncul di tepi.

"Astaghfirullah Adra! Terkejut Cik Icha! Suka betul lah dia ni jerit dekat tepi telinga orang!" Muncung bibir Raisa sambil berpeluk tubuh seakan merajuk dengan Ku Adra Aleesa

"Hik hik hik!" Ketawa nakal Ku Adra melihat wajah cemberut Raisa.

"Atoto bila Adam dengan Adra sampai ni? Macam mana naik tangga sampai sini?" Berkerut dahi Raina sambil memeluk dan mencium anak buahnya itu.

"Mama yang bawa. Dari dalam kereta dah sibuk bising nak Cik Yicha Cik Yina," sampuk Kamilah dari muka pintu ruang rehat di rumah agam itu.

"Adra, say sorry to Cik Yicha now," arah Raisa sengaja ingin berpura-pura marah pada anak kecil itu.

"Nyape?!" Adra tidak berpuas hati.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now