Usai sahaja Yuhanis menunaikan solat di biliknya, tiba-tiba terbuntang biji matanya teringatkan sesuatu.
"Julia!" Bingkas Yuhanis menanggalkan telekungnya dan berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik Hakim.
Pintu bilik dibuka luas.
"Ju!" Termengah-mengah Yuhanis di muka pintu.
"Ibu! Terkejut Ju!" Pintu almari tidak jadi dibuka.
Dada diurut perlahan akibat terkejut melampau. Dia sangkakan Hakim sudah pulang. Takut juga terserempak dengan bekas suaminya di dalam bilik itu.
"Puas ibu cari Ju. Ibu ingat Ju dah balik," bohong Yuhanis.
"Belum ibu. Tak kanlah Ju nak balik tak jumpa ibu dulu– by the way, Ju rasa peliklah dengan bilik Kim ni. Rasa macam lain. Tu perfume perempuan, make up semua tu siapa punya? Siapa duduk dalam bilik ni?!" Soal Julia curiga.
"Hah? Err yang tu ba–barang make up ibu tu. Ibu bersiap dekat bilik angah kadang-kadang. Biarlah situ. Ju, jom turun. Karang balik Kim, marah dia nanti Ju duduk dalam bilik dia. Nanti kalau Ju nak tumpang solat ke, tumpang dekat bilik kosong bawah je tau. Sekarang angah bising orang masuk bilik dia," bohong Yuhanis lagi.
Harap si Julia tidak sempat membuka almari baju milik Hakim dan Raisa. Kalau tidak, kantoi mentah sahaja.
Terus ditarik tangan Julia keluar dari bilik tidur itu.
"Alah, bilik tu pernah jadi bilik Ju jugak–" cebik Julia tidak berpuas hati. Tetapi diturutkan juga kaki menuruni tangga.
"Ya ibu faham, tapi Ju tak boleh bagi angah lagi tak suka dengan Ju. Ju kena rilek rilek je. Nanti lagi susah Ju nak pikat dia balik," pesan Yuhanis sambil mengusap-usap lengan bekas menantunya itu tersenyum.
Kedengaran deruman enjin BMW X4 milik anak lelakinya yang baru sahaja pulang. Jarum jam sudah menunjuk ke angka 11. Merungut-rungut Yuhanis menanti kepulangan Hakim sejak sejam yang lalu. Sambil menonton drama, sambil menanti kepulangan anak menantu.
"Assalamualaikum–"
"Lambatnya balik!" Sergah Yuhanis sambil mata masih tertancap pada skrin televisyen, tidak memandang mereka berdua yang sudah melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumah.
"Ibu, don't start..." balas Hakim perlahan. Keluh berat dilepaskan.
"Icha naik dulu eh. Mandi apa semua," bisik Hakim sambil tangannya mengusap kepala Raisa sebelum melangkah menuju ke arah ibunya.
Mengangguk Raisa lalu mendaki perlahan tangga untuk ke bilik mereka.
"Ibu macam tak biasa angah balik lambat. Kenapa ni?"
Menoleh Yuhanis ke arah Hakim yang sudah berpeluk tubuh bersandar di dinding ruang tamu memandangnya.
"Makan mana tadi?"
Berkerut dahi Hakim pelik dengan soalan ibunya itu.
"Ada lah. Selama ni angah berbuka dekat luar, balik lambat, ibu tak hairan pun."
"Bawa Raisa makan tempat mahal-mahal lah tu–" sindir Yuhanis. Mata memincing halus pada anak lelakinya itu.
"Tak kisahlah mahal ke murah. Yang penting ibu punya makanan berbuka tadi pun boleh tahan mahalnya. Angah tak kisah pun. Ni angah nak makan mana dengan wife angah pun ibu nak condemn. Kenapa macam tu?"
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...