Amaran : SC terakhir ini panjang berjela dari biasa
Bagai dejavu dirasakan Hakim ketika dia mengendong Raisa keluar dari bilik pejabatnya.
Terserempak dia dengan Jenny yang kelihatan sedang sibuk di meja kerja bersama Aida sambil mengunyah pisang goreng. Tidak sempat untuk keluar makan tengahari memandangkan mereka juga sibuk diaudit bersama Raisa sedari awal pagi tadi.
"Jen, Aida tolong saya bawa kunci kereta saya atas meja dan handbag Icha. Saya nak ke hospital. Now!" Hakim meminta bantuan sepintas lalu dan menuju ke arah lif.
Terkopoh-kopoh Jenny dan Aida mencari kunci kereta dan beg tangan milik isteri kepada bos mereka tadi.
Memandangkan Adiba sedang bercuti, jadinya hanya Jenny dan Aida sahajalah tempat Hakim meminta tolong jika berkenaan dengan isterinya.
Mencicit mereka berdua mengejar langkah Hakim dan turut turun menggunakan lif.
"Siapa yang boleh drive, tolong drive. Saya duduk belakang," ujar Hakim sepantas mungkin.
Mengangguk Jenny lalu membukakan pintu tempat duduk belakang buat majikannya dan Raisa. Aida pula sudah mengambil tempat di sebelah pemandu.
Pedal minyak ditekan Jenny.
"Klinik biasa Icha check up kan bos?" Tanya Jenny untuk kepastian. Karang dia bawa ke mana-mana hospital nanti salah pula.
"Yes," balas Hakim ringkas.
Kepala Raisa yang berada di ribanya diusap Hakim. Berkerut dahinya apabila terasa dahi Raisa sedikit hangat. Tangan mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Natasha.
"Bos, Icha kenapa?!" Soal Aida sambil menoleh ke belakang melihat Raisa yang terbaring masih tidak sedarkan diri. Risau bukan kepalang dia dibuatnya.
Sepanjang hari dia melihat Raisa agak pasif tetapi dia fikir mungkin Raisa sedang dalam keadaan tertekan dek kerana sibuk diaudit.
"Dia mengadu sakit kepala. And bengkak susu."
Terangguk-angguk kepala Aida.
"Hello Nat, kau ada mana?" Hakim menyoal saat Natasha menyambut panggilannya.
"Aku baru sampai office. Kenapa?"
"Nat, tolong aku. Icha pengsan. Tadi dia mengadu sakit kepala and bengkak susu, ni aku rasa dahi dia panas sikit. Aku on the way," beritahu Hakim.
Terdengar getaran di hujung ayatnya. Risaunya hanya tuhan sahaja yang tahu. Elok-elok tadi berbual dan membebel pada isterinya, tahu-tahu pengsan.
Ini agaknya yang dimaksudkan Natasha berkenaan demam bengkak susu.
Terasa sebal di hati kerana tidak peka akan jadual pam susu Raisa. Sungguh dia juga agak sibuk sepanjang pagi itu dengan audit bersama pengarah yang lain sehingga terlepas pandang akan jadual kerja Raisa yang selalu diselia ketat oleh Hakim selama ini.
"Bengkak susu lah tu. Tapi kenapa sampai pengsan? Demam panas?"
"Tak, dedar sikit je."
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...