Senyum Raisa berdiri di hadapan hampir 30 orang pekerja di Finance Department itu dengan perasaan lega dan lapang. Sungguh, hari ini adalah hari yang paling gembira buat Raisa kerana dapat mengakhiri tempoh praktikalnya dengan jaya dan telah mendapat komen yang cemerlang dari bosnya merangkap suami di rumah.
Jenuh Hakim meyakinkan dia tentang markah yang diberi itu adalah kerana hasil kerja Raisa selama ini. Bukan kerana status Raisa sebagai isteri atau status Raisa sebagai anak kepada pemilik syarikat itu.
"Terima kasih semua yang dah banyak bantu kita sepanjang 6 bulan dekat sini especially Encik Hakim dan Kak Diba. Walaupun berkali-kali kita tanya soalan bodoh, tapi tetap soalan kita disambut baik oleh Encik Hakim dan Kak Diba. Thank you! Kita doa moga semua sentiasa sukses dan berjaya!" Semua bertepuk tangan pada Raisa dan mula mereka memeluk Raisa tanda perpisahan.
Yang paling sedih sekali pastilah Adiba, Aida dan Jenny. Lama mereka berpelukan tidak lepas. Kalau tidak kerana sambutan Hari Keluarga dahulu, pasti Raisa tidak dapat mengenali Aida dan Jenny sepertimana mereka sekarang.
"You betul tak mahu continue kerja dekat sini ke Raisa?! Sampai hati you tinggal kita orang! Kita baru saja rapat lepas tu you dah nak pergi," bentak Jenny dengan wajah cemberutnya.
Tersenyum Hakim yang berdiri tidak jauh dari mereka sedang bersandar punggung di meja kerja milik Raisa sebelum ini.
"Encik Hakim tak pujuk Raisa ke?" Tanya Aida.
Mencebik Hakim.
"Dia yang tak nak. Alah, nak jumpa dia, jumpa dekat luar je lah," balas Hakim seperti tiada perasaan.
Terjuih bibir Adiba.
'Mentang-mentanglah dia boleh jumpa si Raisa ni hari-hari bolehlah cakap macam tu,' bisik hati Adiba tidak berpuas hati.
Bergerak mereka semua ke pantri untuk menjamu selera. Awal-awal Hakim sudah mengarahkan Adiba untuk memesan makanan dan manisan bagi jamuan perpisahan buat isterinya bersempena hari terakhir gadis itu di KR Builders.
"So, kau memang tak sambung kerja dekat sini lah?" Tanya Najiha dingin pada Raisa yang sedang mengambil sepotong buah tembikai di sudut pantri.
"Hmm," balas Raisa acuh tak acuh. Sudah malas dia nak berbuat baik memandangkan hari itu adalah hari terakhir dia akan bersua muka dengan Najiha.
"Kerek eh nak berhenti ni?"
"Orang kerek dengan kita, kita kerek balik. Ingat kita tak tahu apa yang Kak Jiha buat dekat belakang kita dengan Encik Hakim?" Bisik Raisa.
Mata tepat merenung ke dalam mata Najiha yang jelas sudah bergetar. Takut barangkali.
"Kau ada bukti?" Najiha tersenyum sinis.
"Kita percaya, doa orang teraniaya diangkat Allah. Kak Jiha tak perlu risau. Kita yakin, kebenaran perbuatan Kak Jiha tu akan bergolek sendiri datang dekat kita nanti," balas Raisa dan terus berlalu keluar dari ruangan pantri itu sambil membawa makanan dan minuman menuju ke meja kerja milik Aida dan Jenny.
Ingin makan bersama mereka buat kali terakhir. Persetankan Najiha yang jelas sudah merah wajah kebengangan.
"Yakin betul dia tuduh aku eh?" Menoleh Najiha pada Atiqah. Mata mencerlung tajam pada Raisa.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...