Bercekak pinggang Raisa menunggu set dokumen terakhir yang sedang di fotokopi di mesin. Khusyuk dia melayan Harraz berbual di telefon menggunakan loud speaker.
Kadang kala masuk air juga si Harraz ini. Tidak skema seperti bosnya yang sedang berada di dalam bilik.
Abangnya pula sudah kembali ke bilik pejabat di tingkat atas menunggunya sambil menyelesaikan baki-baki kerja untuk hari itu.
"Tak siap lagi ke kerja awak Amra? Lewat dah ni. Tak elok perempuan balik lewat," bebel Harraz di hujung talian.
"Lagi sikit je ni. Alah, bukan kita sorang Yaz. Ada lagi orang ni. Awak tak penat ke Yaz dari tadi call kita tak nak letak," soal Raisa sambil meneliti hasil kerja di komputer riba sebelum mencetaknya.
"Dengar suara awak buat Yaz lagi energetic!" Balas Harraz teruja.
Terlepas tawa Raisa sambil menggelengkan kepalanya.
"Yaz, kerja kita dah nak siap dah. Kita nak solat lepas tu balik," ujar Raisa lembut.
Dokumen yang sudah disusun tadi selesai dibinding cantik dan kemas.
"Awak balik naik apa ni Amra? Nak saya jemput awak tak?" pelawa Harraz.
"Eh, tak apa Yaz. Kita balik dengan abang kita. Lagi pun, awak bukan ke ada superbike je? Tak kan kita nak duduk menonggeng belakang awak tu?"
"Apa salahnya?"
"Yaz! Eii, entah apa-apa dia ni. Mesti awak pernah bawa perempuan lain naik motor awak kan?" Soal Raisa sangsi.
'Ah, dia kan buaya bak kata Encik Hakim? Confirm pernah bawa awek naik motor sekali,' getus hati Raisa bersangka buruk.
"Hell no Amra. Saya guraulah! Saya tak pernah angkut anak dara orang naik motor saya. Awak perempuan pertama saya ajak. Awak patut bangga tau!"
"Eii! Tak bangga langsung. Berdosalah Yaz! Kalau abang dengan mama kita nampak, Insyaallah tak sempat awak nak merasa puasa di bulan Ramadan tahun ni."
Ketawa besar Harraz di hujung talian. Bertambah rasa suka dia pada Raisa. Kali ini, dia betul-betul pasti akan perasaannya.
Kalau sehari tidak berinteraksi dengan gadis polos ini, terasa kosong hidupnya. Entah kenapa dia begitu suka melayan celoteh Raisa. Suara, lenggok bercakap, wajah Raisa yang bersih dan comel di matanya... ah semualah! Semua itu sudah melekat di minda dan hatinya.
Walau dia baru tiga kali berjumpa dengan Raisa, tetapi sudah cukup gadis itu menambat hatinya yang sedang kosong. Tidak pernah dia rasa apa yang dia rasakan waktu ini ketika dia bercinta dengan tiga orang bekas teman wanitanya dahulu.
Kali ini Harraz mula memikirkan untuk ke arah yang lebih serius. Dia tidak mahu mengajak gadis ini menjalin hubungan tanpa ikatan yang sah.
Tiba-tiba semangatnya untuk terus bekerja keras bagi menghalalkan gadis ini begitu kuat.
"Amra, saya nak beli keretalah. Lepas saya beli kereta, saya nak kumpul duit. Saya nak halalkan awak untuk saya," beritahu Harraz serius.
Jantung bagai mahu melompat keluar setelah ayat itu dilontarkan berani olehnya. Air liur ditelan kesat. Risau akan respon yang bakal diterima Raisa.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...