Berpelukan erat Raina dan Raisa di muka pintu rumah agam milik Kamilah. Pertama kali seumur hidup Raisa berjauhan dengan kembarnya Raina. Paling lama pun mereka pernah berjauhan, sehari. Itu pun sudah tidak tentu arah masing-masing mula bertanya khabar.
"Rindunya Ina dengan bau Icha! Ina rindu Icha sangat-sangat. Rindu borak-borak dengan Icha, rindu semua pasal Icha! Ina ingat Icha betul-betul tak nak balik raya sini!" Teresak-esak Raina meluahkan segala rasa rindu yang terpendam pada adik kembarnya.
Berpeluk tubuh Hakim berdiri di belakang Raisa tersenyum melihat gelagat si kembar itu. Terjuih bibirnya melihat Raisa sudah tersedu-sedu di dalam pelukan Raina.
'Eleh, tadi bukan main kata tak nak balik, tak rindu– alih-alih dia yang paling teruk menangis,' getus hati Hakim.
"Wei Kim, masuklah. Kau tunggu budak dua ketul tu habis peluk, sampai habis raya pun belum tentu settle," gamit Ku Adlee dari dalam rumah.
Terlepas tawa Hakim lalu masuk dia ke dalam rumah berjabat tangan dengan abang iparnya.
Muncul pula Ku Adam dan Ku Adra berlari dari dapur sambil tangan penuh mengenggam seketul nasi impit meluru ke arah Hakim.
"Uncle Kim! Nak wit aye!" Pinta dua anak kecil itu dengan wajah comelnya.
Mengetap gigi Hakim geram. Bertinggung dia menghadap mereka sambil mencubit pipi kedua-duanya.
"Tak sayang uncle pun? Sayang uncle dulu baru uncle bagi," ujar Hakim sambil menghulur pipinya pada mereka berdua.
Pantas pipi Hakim dicium Ku Adam dan Ku Adra beserta sisa nasi impit melekat di pipi Hakim.
"Cik Icha nak sayang jugak." Bertinggung Raisa di sebelah Hakim juga menghulur pipi pada dua anak buah kesayangannya itu. Tangan menyeka air mata di pipi akibat menangis bersama Raina tadi.
Tersenyum lebar Raisa setelah dicium Ku Adra dan Ku Adam dan terus memeluk kedua mereka. Rindu bukan kepalang!
"Icha, pipi awak ada nasi impit sisa budak-budak ni," beritahu Hakim sambil menyeka sisa kotoran yang melekat di pipi gebu Raisa.
"Eh, abang pun sama, ada nasi impit dekat pipi." Terlepas tawa Raisa sambil menyeka sisa kotoran di pipi suaminya.
"Amboi-amboi nak sweet sweet naik atas lah. Tak respect orang single langsung!" Rungut Raifa yang baru sahaja keluar dari dapur bersama segelas air oren di tangan diikuti Kamilah.
Dingin sahaja wajah Kamilah memandang Raisa dan Hakim.
"Assalamualaikum mama, selamat hari raya," ujar Hakim sambil menghulur tangannya pada Kamilah.
Salam tangan di sambut. Lama Hakim mengenggam tangan ibu mertuanya itu dan menyusun ayat untuk diucap.
"Saya minta maaf dekat mama selama ni mungkin banyak kecewakan mama. Saya betul-betul minta ampun dengan mama pasal kes sebelum ni. Kalau ada salah silap tutur kata saya yang buatkan mama kecil hati pun, saya mohon maaf dekat mama," ucap Hakim perlahan. Cukup untuk di pendengaran mereka bertiga sahaja.
"Hmm, iyalah." Balas Kamilah ringkas.
Dipandang pula pada anak bongsunya di sebelah Hakim. Mata sudah sembab menangis.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...