Duduk Hakim di meja pulau dapur menongkat kepala memerhati si isteri membancuh air teh o panas. Terasa janggal apabila Raisa menawarkan diri untuk hidangkan air buatnya. Jauh berbeza dengan layanan yang dia terima dahulu.
"Dia punya tenung bini macam nak tembus. Tak ada larilah adik aku tu," sergah Ku Adlee yang tiba-tiba sahaja muncul di kawasan dapur itu.
"Dah jadi bini, tak dosa pun pandang," balas Hakim dengan jelingan tajam. Memang hari ini tidak jemu Ku Adlee mengusik mereka. Entah apa yang seronok. Rasa nak debik je!
"Nah Encik Ha– eh, nah abang. Tak tahulah sedap ke tak. Abang Lee nak air panas jugak ke?" Tanya Raisa sambil menghulur cawan pada suaminya.
"Nak. Abang teringin teh tarik Kak Aara tapi dia dah tidur. Penat sangat nampak dia hari ni," ujar Ku Adlee memuncung.
"Mengandung kan. Mestilah penat. Salah abang jugak. Tak nak dia penat, jangan mengandungkan dia," bebel Raisa dan terus berlalu ke dapur membancuh secawan lagi air buat abangnya pula.
Terlepas tawa Hakim melihat wajah kelat Ku Adlee dibebel Raisa.
Tidak sampai lima minit, kembali Raisa menghulur cawan berisi air teh o panas kepada Ku Adlee lalu duduk dia bersebelahan Hakim.
"Icha, memang baju tidur Icha yang tu je ke yang ada?" Soal Ku Adlee.
"Asal?" Soal Raisa garang dengan mata memincing halus pada abangnya itu.
'Tak lain tak bukan nak menganjing lah tu!'
"Dah kahwin pun pakai baju taraf-taraf Adra. Tak ada baju tidur lain ke? Sedap sikit mata suami memandang," komen Ku Adlee selamba lalu menghirup air panas yang dibuat Raisa tadi.
"Ni Abang Kim yang pilih! Abang Kim tak cakap apa pun. Abang je lebih-lebih," juih bibir Raisa geram.
"Nanti buanglah semua baju tidur kartun tu. Kak Aara ada belikan berapa pasang baju tidur yang selayaknya Icha pakai untuk Hakim," beritahu Ku Adlee.
Terangkat kening Raisa teruja.
"Wah, baju macam mana Kak Aara beli? Nak tengok!"
"Esoklah sebelum korang balik Kak Aara bagi. Ala, baju tu kalau Icha pakai esok malam, bulan depan confirm Icha pregnant," balas Ku Adlee tersengih.
Hakim dan Raisa juga sudah mengecilkan mata memandang Ku Adlee yang sedang tersenyum nakal itu.
"Eii, pervert. Icha report dekat Kak Aara." Jeling Raisa.
Hakim di sebelah sudah terlepas tawa melihat wajah kelat Raisa yang sudah kemerahan.
"Abang tak payah eh suka sangat. Lambert lagi kita nak pakai baju macam tu!"
"Aik, abang tak cakap apa pun," balas Hakim dengan tawa yang masih bersisa.
Berat mata Hakim cuba dicelikkan. Diintai sekilas pinggangnya yang dirangkul kemas oleh Raisa. Kaku Hakim cuba untuk tidak bergerak. Malas mahu menganggu lena Raisa. Sepanjang malam ini sahaja sudah tiga kali Raisa terjaga dan menolak tubuhnya menjauh.
Tiga kali itu juga Raisa memohon maaf kerana telah memeluknya tanpa sedar di dalam tidur.
Tangan Hakim diletakkan di atas dahi dan kembali memejamkan matanya. Hajat ingin menukar posisi tidur dibatalkan.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...