KIM-ICHA : BAB 37

3.5K 130 20
                                    

Berdiri Raisa di hadapan cermin sambil tubuh berpusing-pusing ingin melihat pakaian yang dipakai terletak cantik di tubuh. Palazo jeans bersama kemeja longgar berwarna biru tua sangat cantik tersarung di tubuh genit Raisa. Minyak wangi yang juga baru dibeli Hakim untuknya disembur pada setiap titik nadi di tubuh.

Terasa bahunya dicium lama dan pinggang dirangkul erat dari belakang. Sejak kejadian semalam, tidak lepas Hakim dari asyik memeluk dan menciumnya. Tiba-tiba Hakim berubah seperti seorang kanak-kanak manja yang tidak boleh berjauhan dari si ibu.

"Eh, hari ni kan Sabtu, abang tak keluar malam ke?" Soal Raisa.

Juga baru teringat jadual kebiasaan Hakim ketika malam hujung minggu. Selalunya Raisa akan melepak sahaja di dalam bilik rumah mertuanya ketika Hakim keluar.

"Semalam abang decide nak cuti lepas jumpa Icha dekat kafe tu. Abang tak nak tinggal Icha dalam keadaan sedih macam semalam," balas Hakim lalu mencium sisi kepala Raisa lembut.

Tersengih Raisa suka. Laju sahaja dia mencium pipi Hakim manja. Makin menggunung rasa sayangnya pada Hakim. Pada suaminya yang sah.

Disebabkan sayang itu, dia telah membuat keputusan untuk menyerahkan mahkota dirinya pada Hakim. Dia mahu Hakim terikat dengannya tanpa bayangan Julia lagi.

"Abang, Icha cantik tak?" Soal Raisa tiba-tiba. Berpusing dia berdiri menghadap Hakim yang sudah terkebil-kebil dengan soalan subjektif itu.

"Kenapa tanya tiba-tiba ni?" Soalan Raisa dibalas soalan oleh Hakim.

"Icha selalu rasa rendah diri bila teringat Kak Julia. Kak Julia tu, cantik kan? Macam angel... hidung dia mancung tajam, mata macam orang arab. Bibir dia tebal cekci," puji Raisa dengan wajah polosnya.

Suka betul dia melihat wanita cantik. Teringin menjadi cantik, tetapi kebanyakan orang pasti akan memujinya comel. Bukannya cantik.

Bertambah lagi rasa insecure apabila wanita itu adalah bekas isteri suami yang disayanginya kini. Sama cantik sama padan. Hati menjadi sakit tiba-tiba.

Sudah tahu sakit hati, masih juga Raisa fikirkan wanita itu.

Diam sahaja Hakim tidak membalas. Ralit tangannya mengusap pipi gebu Raisa. Sesekali jemarinya bermain dengan bibir mungil Raisa. Mata tidak lepas merenung ke dalam mata hitam milik isterinya itu.

"Kalau abang kan, abang suka perempuan yang macam mana? Type abang yang macam mana?"

"Hmm..." gumam Hakim berfikir.

Raisa menanti dengan penuh sabar.

"Abang suka yang rendah-rendah, kecil-kecil..."

Mengangguk Raisa.

"Lagi?"

"Abang suka yang hidung dia kecil je, bibir dia kecil je," bisik Hakim sambil mengelus bibir Raisa lembut.

Berkerut dahi Raisa.

'Tengah cakap pasal siapa ni? Awak ke Icha? Takkan lah kan?' Getus hati Raisa.

"Abang suka pipi gebu, nak cium pun best. Hari-hari geram," ujar Hakim lagi. Kali ini, pipi Raisa pula dielus Hakim.

"Senang cerita, Icha lah type abang," beritahu Hakim lantas mencium pipi Raisa lama.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now