KIM-ICHA : BAB 33 (M)

1.6K 72 8
                                    

Warning: Mature Content

Cantik cuaca di petang hari minggu itu untuk Hakim mencuci kereta kesayangannya di laman rumah. Ditemani walid dan isterinya santai sedang berbual di kerusi batu yang sudah tersedia bersama meja batu untuk mereka melepak di laman rumah.

Raisa duduk menongkat dagu di meja batu sambil melihat aktiviti Hakim yang bangga menayang tubuh cantiknya. Hanya seluar track sahaja dipakai Hakim.

Mengecil sahaja mata Raisa memandang dari jauh. Mujurlah rumah mertuanya itu elok tertutup kedua dinding perkarangan rumah sehingga pagar. Kalau tidak, syoklah jiran-jiran rumah sebelah mencuci mata.

Air oren yang dibancuh Raisa diteguk enak oleh Syed Ali.

"Ibu mana walid? Dari lepas makan tengahari tadi Icha tak nampak?" Tanya Raisa.

"Macam biasalah. Entah apa yang seronok dia duduk dekat rumah jiran tu. Hari cuti patutnya luang masa dekat rumah dengan anak menantu. Ni, lepas makan je lesap," rungut Syed Ali tergeleng-geleng kepalanya.

Gelas air oren yang sudah tinggal separuh diletakkan di atas meja batu di hadapan mereka.

Kedengaran bunyi motor besar milik Harraz memecah sunyi taman itu dengan kepulangannya dari mana, Raisa tidak pasti.

Seawal pagi Harraz menghilang. Terasa sedikit bebas dia sepanjang hari kerana ketiadaan Harraz di rumah.

"Amra! Lama tak nampak awak. Kita ni serumah tapi susah betul kita nak jumpa," sapa Harraz usai dia menanggalkan helmet dari kepala.

Tajam pandangan Hakim pada adik bongsunya itu.

Raisa sudah tidak keruan. Sejak Harraz berani memegang tangannya tempoh hari, puas Raisa mengelak dari terserempak dengan Harraz. Jadi tidak selesa dia duduk berdekatan dengan lelaki itu.

Tidak beralih pandangan tajam milik Hakim pada tubuh Harraz yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Raisa.

"Yaz, banyak lagi kerusi–" tegur Syed Ali.

Tetapi tidak diendahkan dek Harraz. Pandangannya tetap melekat pada wajah Raisa.

"Yaz nak air. Amra tolong tuangkan boleh? Yaz penat–" tersandar Harraz di kerusi batu itu, berpura-pura letih. Sengaja ingin mengada dengan gadis di sebelahnya.

"Benda boleh tuang sendiri Yaz," tegur Hakim tegas.

"Tak apa abang," senyum Raisa kelat pada Hakim.

Malas dia mahu melihat adik beradik itu bertengkar mulut kerana dia.

"Nah..."

"Thank you Amra," senyum Harraz mengambil gelas yang telah berisi air oren yang dituang Raisa.

Tangan menongkat kepala di meja. Minum sambil merenung Raisa.

"Eh, Icha okay ke kerja dekat tempat baru? Dah seminggu kan dekat situ?" Soal Syed Ali. Menukar topik. Berharap ketegangan yang sedang melanda di situ dapat diredakan dengan topik lain.

"Okay walid Alhamdulillah. Apa yang Icha belajar dengan Abang Kim sebelum ni, Icha praktikkan dekat situ. Ramai puji kata Icha good!"

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now