KIM-ICHA : BAB 27

2.8K 143 15
                                    

"Ehem–" senyap semua yang berada di dalam dewan apabila mendengar suara Raifa berdehem di atas pentas.

Usai sahaja Ku Adlee memberi sepatah dua kata tadi, terus Raifa menaiki pentas bersama Farhan. Duduk Farhan di atas pentas bersama gitar dan mikrofon di hadapannya menanti untuk melakukan persembahan pembukaan.

"Ehem, jangan salah faham. Bukan I yang akan buat persembahan tapi– I ada dapat info berkenaan seorang student intern kita, pandai sangat menyanyi. Bukan setakat pandai, tapi sedap. Nak kata pandai, semua orang pun pandai menyanyi ye dak? Sedap tak sedap jelah hasilnya–"

Kedengaran penonton tertawa dengan bicara Raifa yang santai di atas pentas. Semua sudah memandang-mandang Ean dan Raisa memandangkan mereka berdua sahaja pelajar praktikal di KR Builders buat masa ini.

Terawang-awang tangan Ean menafikan dirinya. Laju jari telunjuknya menunjuk ke arah Raisa yang sudah terkebil-kebil di meja.

"Amra Raisa, come. Awak boleh nyanyi lagu Lucky by Colbie Caillat and Jason Mraz tak?" Sengaja Raifa bertanya.

Sedangkan dia tahu lagu itu kacang sahaja pada Raisa kerana pernah mendengar adiknya menyanyikan lagu itu di dapur.

Adiba sudah menolak-nolak Raisa untuk berdiri.

Raisa mengetap bibir. Mata terus menghala pada Hakim yang sedang duduk di meja VVIP bersama bos yang lain.

Tersenyum Hakim menganggukkan sedikit kepala, tanda membenarkan isterinya untuk ke pentas.

Setelah melihat isyarat dari Hakim, barulah Raisa berasa lega dan terus berjalan menuju ke pentas.

"Nyanyi sedap-sedap. Biar terlopong seantero dunia ni, baby," bisik Raifa di telinga Raisa.

Sempat Raifa mengenyit matanya pada Raisa yang sudah duduk di sebelah Farhan. Menunggu jejaka itu memetik gitar.

Do you hear me? I'm talking to you~
Across the water, across the deep blue ocean~
Under the open sky, oh my Baby, I'm trying~

Terangkat kening Raisa menoleh memandang Farhan yang lembut melontarkan suara lunaknya memulakan nyanyian sambil memetik gitar.

Kedengaran bergema dewan dengan tepukan tangan dan siulan dari penonton di meja masing-masing.

Tiba-tiba datang rasa gemuruh Raisa. Mungkin kerana sudah lama tidak membuat persembahan di khalayak ramai.

Berdehem Raisa cuba membetulkan suara.

Boy, I hear you in my dreams~
I feel your whisper across the sea~
I keep you with me in my heart,
You make it easier when life gets hard~

Semakin kuat tepukan, jeritan sokongan dan siulan dari penonton di bawah apabila mendengar lunak suara dari Raisa menyambung nyanyian Farhan tadi.

Tersenyum lebar Hakim bersandar di kerusi berpeluk tubuh khusyuk memandang isterinya di atas pentas.

'Pergh, bini siapalah tu. Dah lah comel, suara sedap, pandai masak, manja, baik–' tidak sedar Hakim sudah memuji isterinya berbakul-bakul.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now