KIM-ICHA : BAB 11

2.4K 111 20
                                    

3 jam yang lalu



Sunyi dan hening suasana di dalam bilik stor. Semakin gelap gelita. Berdebar-debar Raisa bukan kepalang. Cukup dia takut pada kegelapan. Di ruang bilik tertutup pula.

Walau dia tahu ada manusia lain di dalam bilik itu, tetap dia berasa gerun. Figura bosnya itu pun sudah tidak dapat dilihat lagi. Hanya cahaya refleksi dari kaca mata lelaki itu sahaja sesekali bersinar di balik kelam.

Satu tingkap kecil di ruangan atas dinding tidak dapat menerangi sedikit pun bilik itu.

Mula Raisa berpeluh. Entah berpeluh kerana panas tanpa sebarang kipas atau berpeluh kerana terlalu takut pada gelap malam itu.

"Encik Hakim..."

"Ya Raisa. Awak okay?"

"Ki–kita panas... kepala rasa pening sebab panas," beritahu Raisa.

"Habis macam mana tu Raisa? Awak nak buat apa? Nak saya kipaskan ke? Sekejap saya ambilkan kertas dalam fail–"

"Eh! Tak payah tak payah. Tak apa, kita ada kertas ni. Tapi kepala kita pening sangat. Boleh tak kita nak bukak sekejap tudung ni? Encik Hakim tak nampak kan? Jangan pandang sini tau," pesan Raisa.

"Oh, kalau pening sangat buka je. Saya tak tengok. Kalau saya tenung awak ni pun saya tak nampak apa-apa Raisa. Don't worry." Hakim menyedapkan hati gadis itu.

Dia nampak, tetapi hanya samar-samar sahaja bayang gadis itu. Kasihan punya pasal, kata sahajalah tidak nampak.

"Okay..." perlahan tangan Raisa membuka pin tudungnya. Terasa bengal kepala seharian kepala tertukup dek tudung bawal itu.

"Encik Hakim okay? Encik Hakim janganlah diam. Kita takut ni," rengek Raisa.

Tergelak kecil Hakim mendengar suara Raisa yang jelas kedengaran takut.

"Saya okay Raisa. Jangan risaukan saya. Awak tu yang saya risau. Ada sakit perut tak? Lama tak makan tak minum," soal Hakim prihatin.

"Kita okay... takut gelap ni buat kita lupa kita tengah lapar and haus," jawab Raisa perlahan.

Tang!

"Ahh! Bunyi apa tu Encik Hakim?!" Pantas Raisa menutup mata dan telinganya.

Menggeletar seluruh tubuhnya membayangkan bermacam makhluk yang berkemungkinan ada di sekelilingnya ketika itu.

"Mungkin cicak, tak pun tikus. Jangan risau. Saya ada ni. Jangan takut," pujuk Hakim lagi.

Dipicit pelipis dahinya menahan rasa sakit kepala.

'Angin agaknya...' getus hati Hakim.

"Encik Hakim duduk sini please! Kita takut–" tersedu-sedu Raisa merayu.

Teragak-agak juga Hakim ingin menurut tetapi bangun juga dia lalu duduk di sebelah Raisa rapat. Sekadar ingin memberitahu akan kehadirannya di situ.

"Saya dah duduk sini. Awak tak payah takut Raisa," ujar Hakim perlahan.

Meraba juga dia ketika ingin duduk tadi. Terduduk atas riba budak ni karang tak ke naya.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now