Berdebar Raisa sambil bermain jemarinya gelisah. Debar, pertama kali masuk kerja bersama Hakim sebagai suami isteri. Skill lakonan perlu di tahap tip top supaya tidak kantoi.
Risau jika bibirnya terlepas memanggil Hakim abang, Hakim pula risau jika bibir terlepas memanggil Raisa sebagai Icha.
Menoleh Raisa memandang wajah segar dan santai Hakim di sebelah yang sedang fokus memandu.
"Abang..." panggil Raisa perlahan.
"Hmm," terangkat kening Hakim dan menoleh sekilas pada Raisa di sebelah.
"Abang kena ingat tau. Jangan panggil kita Icha." Raisa memberi amaran serius.
"Ya Icha. Pandailah abang berlakon nanti," balas Hakim tersenyum senget.
Tiba-tiba teringat dia ingin bertanya pada Raisa.
"Icha, seminggu lepas, lepas je kita terperangkap tu, tak ada ke budak-budak department kita yang Icha nampak macam suspicious?"
Diam Raisa berfikir. Sepanjang minggu lepas, tidak sempat dia ingin mengesyaki sesiapa memandangkan kepala otak sudah penuh dengan keserabutan hal nikahnya bersama Hakim. Mereka berdua juga tiada berbincang berkenaan kejadian terperangkap tempoh hari.
Seingat Raisa, Najiha dan Atiqah kerap memandang dirinya ketika selepas kejadian terperangkap itu berlaku. Pandangan mereka pada Raisa penuh dengan kebencian. Tetapi sedari awal dia mula praktikal lagi pandangan mereka terhadap Raisa begitu. Tiada yang luar biasa pada pandangan kasarnya.
"Kita tak perasan. Semua act macam biasa. Tak ada yang luar biasa," jawab Raisa.
Malas dia mahu bercerita berkenaan Najiha dan Atiqah. Nanti tahu pula suaminya itu yang dia dibuli dan selalu disindir dua wanita itu selama ini. Dia juga tidak rasa dua wanita itu sanggup memfitnah mereka berdua. Atas alasan apa?
"Abang tak ada syak sesiapa? Abang mungkin lagi kenal staff staff abang dari kita," soal Raisa.
"I don't know. First time kena macam ni. Abang terfikir juga, abang ada buat sesiapa marah ke?"
"Sepanjang tiga bulan kita praktikal dekat sini, kita tak pernah nampak abang marah-marah staff. Abang tegur salah diorang tu adalah tapi tak menyakitkan hati pun. Abang tegur pun in private and tak memalukan staff. Kita tak rasa sebab abang–"
"Habis, tak kan sebab Icha?"
Terdiam Raisa di kerusi penumpang itu. Sebab dia ke? Tapi siapa yang bencikan dia sampai begitu sekali dendamnya? Najiha? Atiqah? Dua orang itu sahaja yang tidak suka pada dirinya. Tetapi dia tiada bukti.
Nafas dilepas berat. Terus dicapai beg tangannya untuk disangkut ke bahu memandangkan kereta suaminya sudah mula memasuki perkarangan pejabat yang masih sunyi itu.
Mengecil mata Raisa memerhati lobi.
"Tak ada orang lagi abang. Lepas ni kita datang waktu macam ni lah tau. Sebab orang ramai tak sampai lagi," omel Raisa.
"Okay ma'am. As you wish," senyum Hakim.
Raisa mencapai tangan kekar Hakim di stereng lalu mencium hormat tangan suaminya itu.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...