KIM-ICHA : SPECIAL CHAPTER II

2.4K 133 12
                                    

Tergelak kecil Raisa memandang wajah suaminya di sebelah. Tangan erat digenggam Hakim sambil berjalan menuju ke arah Rays Restaurant.

"Ni kenapa pulak gelak sorang-sorang ni?" Tanya Hakim hairan.

"Abang tu lah! Suka-suka je matikan call ibu tadi!" Balas Raisa masih dengan tawanya.

Tersengih Hakim menggaru belakang kepalanya tidak gatal.

"Sebelum ibu start membebel, baik kita akhiri dengan sopan. Kan ayang?" Sengih Hakim.

Mengangguk laju Raisa bersetuju. Sejak dia sudah berdamai dengan Yuhanis, dia juga sudah malas mengambil serius dengan apa yang dibebelkan oleh wanita itu. Dibiarkan bagai angin lalu sahaja.

Begitu juga dengan suaminya. Itulah tips mereka untuk menjaga mental dan emosi masing-masing supaya tidak berlarutan perang mereka bersama Yuhanis.

Sedikit terkinja Raisa apabila mereka sudah menghampiri restoran kegemarannya selama ini. Tertinjau-tinjau juga kepala Raisa ingin mencari rakan baik suaminya, Firdaus.

"Cari siapa ayang? Pedot lah tu-" jeling Hakim.

Tangan sudah menarik kerusi buat isterinya lalu menekan lembut bahu Raisa untuk duduk.

"Mana dia? Selalu dia tercongok berdiri dekat pintu tu sambut guest," soal Raisa sambil tangan menongkat dagu di meja memandang Hakim yang sudah melabuhkan punggung di kerusi bertentangan.

"Icha nak makan apa? Order je. Yang paling mahal pun boleh! Malam ni Icha sebut je apa Icha nak, abang boleh tunaikan Insyaallah-"

"Hah? Seriously?!"

Mengangguk laju kepala Hakim. Tersenyum melihat wajah gembira Raisa yang semakin lama semakin nakal pula dilihat Hakim. Baru dia teringat akan sesuatu.

"Oh! Except nak baby baru. Yang tu abang tak boleh bagi. Not yet eh ayang. Jangan mimpi-mimpi nak minta yang tu." Meleret suara Hakim memberi amaran pada Raisa.

"Ala- abang ni tahu je apa Icha fikir!"

"Abang kan nujum. Tak ingat ke?"

Terjuih bibir Raisa geram. Dia sudah berkira-kira ingin menambah anak. Teringin pula ingin memiliki anak lelaki!

'Kalau mengandung sekarang, bila lahir nanti Rara dengan Lala dah setahun lebih. Okay lah tu!' Getus Raisa di dalam hati.

Hanya mampu berangan sahajalah. Hakim langsung tidak mahu memberi kerjasama. Entah apa yang ditakutkan. Yang beranaknya kita, bukan dia!

Terhenti monolog Raisa apabila melihat kelibat Firdaus yang baru keluar dari dapur restoran bersama Ipad di tangan, laju berjalan menuju ke arah mereka dengan sengihan.

"Mana Rara? Mana Lala?!" Sapa Firdaus dengan kabutnya. Habis alas meja diselak lelaki itu mengintai di bawah meja konon mencari si kembar.

"Kepala otak kau. Tak kan nak letak budak-budak tembam tu dekat bawah meja. Kau ni pun, bebal jangan tunjuk sangat-" sindir Hakim mendatar.

"Period ke? Gurau pun tak boleh. Kan ma'am? Garang lah dia ni sejak jadi papa," rungut Firdaus dengan muncung bibirnya.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now