KIM-ICHA : BAB 28

2.8K 133 4
                                    

Tersentak Raisa terjaga dari tidur. Terasa erat tubuhnya dipeluk Hakim yang sedang lena tidak berkutik. Deru nafas tenang Hakim lembut menampar leher Raisa.

Perlahan Raisa mengalihkan tangan Hakim yang melingkar di pinggangnya. Telefon bimbit diambil. Raisa melepaskan nafas lega apabila melihat jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi.

Sempat lagi untuk dia pulang ke bilik sebelum Jenny dan Aida terjaga dari tidur.

Puas Raisa memujuk Adiba untuk menyelinap ke bilik Hakim. Memberontak rasa jiwa ingin tidur bersama suaminya.

"Nanti diorang tak nampak awak dekat katil macam mana? Nanti heboh ingat awak hilang!" Bisik Adiba membantah keinginan Raisa.

"Tapi kita tak bolehlah tidur tak ada pak cik tu!"

"Allahu Raisaku sayang. Selalu dia peluk awak macam mana? Meh sini akak gantikan dia," Adiba sudah berura-ura mahu memeluk Raisa.

"Ish tak nak! Bau lain. Nak bau pak cik tu!" Bentak Raisa tetapi masih dalam mode berbisik. Risau terdengar dek Jenny dan Aida yang sedang ralit melayan Tik Tok di telefon bimbit masing-masing.

Usai sahaja Jenny dan Aida terlena, pantas Raisa menyelinap keluar bersama selimut tambahan yang ada di dalam almari bilik hotel mereka. Adiba pula redha dan sedaya upaya meletakkan bantal di sebelahnya seolah-olah wujud Raisa berselubung di dalam selimut. Tidaklah nampak terlalu kosong. Risau pula kalau-kalau Aida atau Jenny terbangun tengah malam dan melihat kosong ruang disebelahnya tanpa Raisa.

Duduk Raisa sebentar memerhati bilik yang gelap hanya diterangi lampu tidur itu. Perlahan Raisa mengejutkan Hakim.

"Abang–" Raisa menepuk perlahan lengan Hakim.

Terus terjaga suaminya dari lena.

'Senangnya kejut orang tua ni,' getus hati Raisa.

"Hmm? Kenapa Icha?"

"Kita nak balik bilik tau. Kena balik sebelum Jenny dengan Aida bangun. Nanti kantoi," jawab Raisa perlahan.

"Pukul berapa ni? Tak takut ke jalan sorang-sorang?"

Berkerut dahi Raisa baru terfikir. Malam tadi dia tidak berasa takut. Tangga pun masih terang. Suasana masih riuh. Sekarang ni Subuh pun belum, ah sudah. Confirm sunyi!

"Ala abang, macam mana ni, takut– tapi kalau kita balik lepas Subuh confirm Aida dah bangun solat semua," cebik Raisa.

"Ha, waktu menyelinap dekat sini semalam tak fikir pulak," bebel Hakim lalu menarik Raisa untuk berbaring kembali.

"Eh, kita tak nak tidur dah!"

"Abang nak tidur."

"Tapi kita tak nak! Nak balik!"

"Tunggu pukul 6 abang teman Icha balik."

"Balik sekarang la abang," rayu Raisa.

"Awal lagi. Sekejap abang nak lelap setengah jam je lagi. Please," rayu Hakim pula.

"Ala, tapi kita nak balik sekarang." Sedaya upaya Raisa meloloskan dirinya dari pelukan Hakim.

"Duduk diam-diam Icha. Abang pagi-pagi ni sensitif tau." Hakim memberi amaran.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now