"Habis anak siapa abang?!" Soal Raisa tidak sabar. Punya khusyuk dia mendengar cerita yang keluar dari bibir suaminya tentang apa yang dibincangkan antara Hakim dan Natasha sebelum ini.
Terasa sejuk di setiap hujung jemarinya ketika mendengar tentang kehamilan Julia sewaktu baru sahaja berkahwin dengan Hakim. Bagai tidak percaya jika Hakim melakukan hal zina sebelum nikah. Sejahat dan senakal suaminya dahulu, tidak mungkin Hakim akan melakukan hal-hal seperti itu.
"Abang tak tahu sayang. Yang penting bukan anak abang. Abang tak pernah sentuh dia Icha..." keluh Hakim.
Sepanjang dalam kereta, diam Hakim dek masih terkejut. Rupanya dia ditipu hidup-hidup oleh Julia. Baru dia sedar kini, kenapa Julia beriya mengelak dari melakukan hubungan dengannya sepanjang mereka bernikah selama 10 bulan. Langsung Hakim tidak menyentuh Julia. Di atas alasan masing-masing sibuk dengan hal kerja dan Julia ingin merancang tidak mahukan anak kerana tuntutan kerjayanya yang sedang meningkat naik ketika itu.
Hakim langsung tidak hairan akan hal itu sekarang, tetapi yang membuatkan hatinya sebal, dia ditipu Julia, dikhianati Julia dari sebelum mereka berkahwin lagi. Kalaulah dia tahu akan hal itu, sumpah, dia pasti akan membujang sehingga kini. Atau lebih tepat lagi, pasti Raisa lah isterinya yang pertama dan terakhir.
"Maksud abang?" Soal Raisa pelik.
"Abang tak pernah sentuh dia sebelum atau selepas kahwin Icha. Tak pernah– Icha wanita pertama yang abang sentuh," terus terang Hakim.
"What?!" Terlopong Raisa memandang Hakim tidak percaya.
Hakim tersenyum canggung.
"Abang ta–tak pernah dingdong dingdong dengan ex abang?!"
Terlepas tawa Hakim.
"Dingdong dingdong eh?"
Perlahan kepala Hakim menggeleng. Entah rasa malu, rasa noob, dia sendiri tidak tahu.
"Icha first?" Soal Raisa lagi.
"Ya, Icha perempuan pertama. Literally, Icha isteri pertama abang. Dan yang terakhir of course–" senyum Hakim.
Raisa menekup mulutnya tidak percaya.
"Abang masih anak dara rupanya sebelum ni!" Raisa menjerit kecil.
Terlepas tawa Hakim kuat. Bergema seluruh ruang dapur itu dengan suara mereka berdua.
"Ya, awak yang rasmikan abang," ujar Hakim sambil mengenyit matanya nakal.
Masih terbuntang mata Raisa tidak percaya.
"Tapi– tak sangkanya Icha. Tak kan lah Kak Ju macam tu. Dia buat hubungan tu dengan lelaki yang kena tangkap basah dengan dia tu ke abang?"
"Hmm, tak pasti abang. Tak berani nak tuduh– Haih, muka abang ni, memang muka senang kena tipu eh sebelum ni sayang?"
Mengangguk Raisa polos. Tangannya mengusap lembut pipi Hakim.
"Muka abang, muka baik. Soft je. Abang cakap pun lembut je kecuali time abang marah. Tapi itu lah, marah abang pun setahun berapa kali je," ujar Raisa diselangi tawa kecil.
Tersenyum Hakim berserta keluhan.
"Abang bersyukur Allah tunjukkan perangai sebenar dia. Kalau tak, tak tahu berapa lama lagi abang kena tipu dengan dia Icha."
"Tak apalah abang, semua tu kan ada hikmahnya. Yang penting hidup kita yang di hadapan ni kita fokus. Okay? Abang kan dah ada Icha sekarang ni? Dua baby ni sekali Icha bagi free tau!" Ucap Raisa ceria sambil meletakkan tangan suaminya ke perut.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...