Gulp!
"Ta–tak! Mana ada! Kenapa?" Soal Raisa kembali. Melarikan anak mata ke arah lain.
"Abang kenal luar dalam Icha dah tau. Takat muka lepas menangis Icha ni, sekali jeling pun abang boleh cam," ujar Hakim.
Hakim mula memandu keluar keretanya dari perkarangan lobi memandangkan ada kereta lain berada di belakang kereta mereka.
"Bagitahu abang kenapa. Stress ke? Kerja Icha banyak ke?" Soal Hakim.
Tangan kirinya mengelus lembut jemari Raisa. Sesekali dia mencium kekura tangan isterinya itu.
"Tak ada lah, tadi Icha kemas-kemas dokumen. Berhabuk, lepas tu Icha asyik bersin-bersin. Sebab tu hidung merah ni," bohong Raisa.
Hakim mengerling sekilas wajah Raisa di sebelah.
"Okay, Icha kalau ada masalah cerita je dekat abang. Itulah gunanya mulut becok ni," Hakim mencubit manja bibir isterinya.
"Eii, suka cubit mulut kita!" Bentak Raisa. Memuncung bibirnya tidak puas hati.
Sengih Hakim. Kalau tak kerana dia sedang memandu, dah lama dia gigit bibir mungil Raisa tu!
Berpimpin tangan Hakim dan Raisa naik ke ruangan gym yang terletak di tingkat dua. Sesekali Hakim menyapa dan memberikan senyuman pada ahli gym yang lain apabila berselisih.
Mereka juga sudah mengenali Raisa memandangkan kerap kali juga Raisa menemani Hakim bersenam di situ.
Melunjur Raisa bersandar di dinding cermin menghadap Hakim yang baru naik ke atas threadmill untuk mula berjalan santai. Warm up.
Raisa mengeluarkan kipas kecil yang dibelikan oleh Hakim dahulu bersama novel yang masih belum habis dibacanya sedari sebelum kahwin sehingga sudah hampir 4 bulan dia menjadi isteri orang ini. Entah apa yang disibukkan Raisa.
Dahulu, paling lama pun dia habis membaca senaskhah novel ialah selama tiga hari. Paling pantas, dia mengambil masa setengah hari sahaja.
"Tak habis-habis baca buku tu Icha? Maknanya tak best lah kut cerita tu? Kalau best mesti laju je Icha baca sampai habis," tegur Hakim yang sudah mula berlari anak di atas threadmill itu.
"Hmm, entahlah. Sebenarnya kan, cerita dia biasa-biasa je. Cliche, tapi orang hype sangat dengan semua cerita dia and penulis dia. Icha pun terikut-ikut sekali. Cerita dia best je, tapi sebab Icha asyik stop, jadi tak feel pulak," balas Raisa.
"Tak payah baca langsunglah kalau macam tu. Baca buku lain. Penulis lain ramai lagi."
Mengecil mata Raisa memandang Hakim. Hairan juga Raisa, Hakim seolah tidak suka akan novel-novel yang dibacanya. Ada sahaja komen buruk yang diberikan Hakim untuk penulis buku ini.
"Abang ni macam anti dengan buku-buku Icha baca kenapa?"
Terangkat kening Hakim. Membalas renungan isterinya di bawah.
"Bukan anti–"
Jeda.
Hakim memikirkan jawapan yang sesuai untuk isterinya.
"Icha kalau dah membaca tu, Icha lupa abang. I need your attention. Focus on me."
Merah wajah Raisa menelan air liur. Ayat yang kedengaran obses itu selalu bikin hati Raisa berdegup hebat.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...