KIM-ICHA : SPECIAL CHAPTER I

2.9K 145 8
                                    

Sunyi suasana di tingkat atas rumah teres dua tingkat milik Hakim dan Raisa. Tidak kedengaran suara anak-anak dan suaminya.

Menjenguk juga Raisa di bawah meja takut-takut ada sahaja anak-anaknya melakukan projek mengutip apa yang ada di lantai.

Sejak umur mereka masuk ke angka 7 bulan, semakin Raisa perlu peka dan tidak lalai.

Tambah pula anak-anaknya itu sudah tangkas merangkak. Cubaan untuk berdiri sendiri juga sudah ada. Sangat aktif!

Terasa segar tubuh Raisa seusai mandi. Sambil dia menyarung baju ke tubuh, sambil itu matanya mencari kelibat anak-anak.

Tetapi tiada.

'Papa dia ambil kut,' getus hati Raisa.

Pelembab bibir dioles pada bibir mungil Raisa sebelum menyembur minyak wangi ke seluruh tubuh.

Rambut hitam lurus Raisa dibiarkan lepas. Walau hanya duduk di rumah sahaja, tetap Raisa perlu berketerampilan menarik dan menyenangkan buat jadi bahan cuci mata suaminya.

Perlahan langkah Raisa menuruni tangga sambil mata meliar mencari dua sosok tubuh tembam anak-anaknya.

"Rara~ Lala~" Raisa memanggil.

Terpandang Raisa akan bilik muzik dan bacaan yang terang benderang.

Sayup bunyi alunan melodi datang dari Grand Piano milik Hakim. Raisa mengintai dari pintu kaca tersebut untuk melihat.

Lebar senyuman Hakim sambil jari menari di atas papan kekunci piano ditemani dua anaknya Hayra dan Hayla yang seorangnya sibuk memeluk kaki Hakim, dan lagi seorangnya sudah berdiri berpaut pada peha Hakim.

Terlepas tawa Raisa melihat pemandangan itu.

Tidak dinafikan, keduanya sangat manja bersama Hakim. Pantang terlihat akan kelibat Hakim, menggelupur masing-masing merangkak ingin menuju ke arah bapa mereka.

Raisa menolak pintu gelangsar kaca tersebut dan terus masuk ke ruangan bilik itu menuju ke arah suaminya.

"Eh, mama dah mandi lah!" Ujar Hakim teruja.

Menoleh Hayra dan Hayla pada ibu mereka tetapi masing-masing tetap tidak melepaskan kaki Hakim.

"Eii, macam parasit masing-masing melekat dengan papa," jeling Raisa sambil berpeluk tubuh.

Bibir memuncung, jelas tidak berpuas hati.

Tergelak kecil Hakim lalu berhenti dia menekan papan kekunci piano tersebut. Tangan menggamit pada Raisa untuk datang kepadanya.

Tersenyum kembali Raisa lantas memeluk suaminya manja. Tidak dipeduli si kembar di bawah sudah merengek ingin didukung Hakim.

"Wanginya ayang. Comelnya baju. Masa bila beli baju ni?" Soal Hakim.

Mata meliar pada tubuh Raisa yang comel bergaun tanpa lengan separas lutut. Tambah dengan corak bunga kecil di seluruh gaun tersebut. Betul-betul menaikkan seri wajah Raisa yang sudah tersedia comel itu.

"Abang yang belikan. Abang kata kalau Icha pakai mesti cute! Abang ni, asyik lupa je sekarang kalau pasal Icha. Kalau hal Rara dengan Lala punya lah abang ingat. Diorang berak warna apa semalam pun abang ingat. Ni pasal Icha semua abang dah lupa," rungut Raisa lalu melepaskan pelukannya dari leher Hakim.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now