Tersenyum Julia saat kaki melangkah masuk ke dalam kafe apabila melihat sosok tubuh wanita genit sedang duduk menyedut air coklat seorang diri.
Tekad Julia ingin berjumpa dengan Raisa. Dia harus melakukan sesuatu. Tidak mungkin dia harus menyerah. Tidak mungkin dia akan mengalah. Dia harus mengambil hak nya kembali.
Tetapi, tidak sangka pula Raisa ini sejenis mudah termakan pujukan rayu. Betul kata bekas ibu mertuanya. Raisa seorang yang lembut hati. Sanggup melakukan apa sahaja demi orang lain, demi menjaga hati orang lain, polos, berfikiran lurus.
'Senang betul terpedaya. Mudah kerja kau Julia,' getus hati kecil Julia.
Ralit Raisa menatap telefon bimbitnya, melayari aplikasi sosial media sementara menunggu ketibaan wanita yang menghantar mesej kepadanya semalam.
Terpanggung kepala Raisa apabila terdengar akan derap kasut tinggi yang sudah berhenti di sebelah kerusi bertentangan dengannya. Kosong wajah Raisa menyambut kehadiran Julia yang sudah melabuhkan punggung di kerusi bertentangan. Langsung tiada senyum, langsung tiada riak. Raut wajah polos dan kosong menghiasi wajah comel Raisa.
Telefon bimbit Raisa diletakkan di atas meja. Ingin fokus pada wanita di hadapannya kini.
Cantik. Ya tidak dinafikan, sungguh cantik bekas isteri suaminya itu. Dengan turban diikat kemas di kepala. Anting-anting indah menghiasi cuping telinga Julia, menarik minat Raisa seketika.
"Hai Raisa! Thank you sebab sudi luangkan masa dengan I– without Kim," ucap Julia dengan senyuman manis terukir di bibir.
Diam Raisa. Hanya membalas senyum sahaja.
"Nasib you faham kenapa I tak bagi you bagitahu Kim pasal kita nak jumpa ni. Sebab– benda yang I nak bincangkan dengan you ni pun pasal dia," sambung Julia lagi.
Raisa mengangguk faham.
"Hmm, go ahead. Nak cakap pasal apa? Kita ada hal lain lepas ni. Tak boleh lama..." perlahan suara Raisa mendatar.
Tersenyum kelat Julia dengan balasan dingin dari Raisa.
'Berlagak betul eh budak ni? Kau tunggu. Lepas je aku bagitahu hal ni, agak-agak boleh ke dia nak berlagak lagi? Heh,' ujar Julia di dalam hati.
"Oh okay. I straight to the point je lah. Okay, macam ni... I bukan nak masuk campur urusan you and family Kim tapi, hari tu ibu menangis-nangis dekat rumah mengadu dekat I pasal Kim dah keluar dari rumah tu tinggalkan ibu dan walid. You ke yang hasut Kim?" Soal Julia serius.
Cadangnya ingin membuat Raisa serba salah. Biar Raisa terasa dipersalahkan akan keputusan Hakim untuk keluar dari rumah itu. Ini juga cadangan Yuhanis. Beriya wanita itu mencadangkan Julia untuk meracun fikiran Raisa.
Tersenyum sinis Raisa menggeleng kepalanya. Nafas dilepas perlahan.
"Kenapa pula semua ingat kita yang hasut Abang Kim? Kalau kita kata Abang Kim yang nak keluar dari rumah tu, macam mana?" Soal Raisa kembali.
'Ewah sedap mulut dia je nak tuduh orang, nak salahkan orang!'
"Tak mungkin lah Raisa. Kim tak pernah macam tu. You nak tahu, sepanjang dia kahwin dengan I dulu, langsung dia tak terfikir nak keluar dari rumah tu. Tapi bila kahwin dengan you, kerap juga you all tak tidur situ kan? Tidur hotel lah, tidur dekat rumah keluarga you lah... ibu kata you dengan Kim selalu tak ada dekat rumah. Mesti sebab you yang tak nak kan? You tak rasa berdosa ke jauhkan Kim dengan ibu dan ayah kandung dia? You tak kesian ke dekat walid? Siapa nak tengok walid dekat rumah tu? Memang lah Harraz ada, tapi tak sama. Diorang dah biasa dengan Kim! You tak patut rampas Kim macam tu dari diorang!" Naik seoktaf nada suara Julia.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...