KIM-ICHA : BAB 52

3.4K 140 9
                                    

Bersandar Raisa pada kerusi penumpang di sebelah Hakim yang baru sahaja menekan pedal minyak kereta untuk menyusur keluar dari perkarangan lobi pejabat. Hari masih terang memandangkan jam baru sahaja pukul 5.45 petang.

Pekerja lain yang berada di pejabat juga sudah semakin berkurangan, masih tiada yang perasan akan Hakim yang setia menjemput Raisa dari besmen. Tinted cermin tingkap kereta pula semakin gelap dibuat dek Hakim. Bertambah lancar pergerakan keluar masuk Raisa dari kereta Hakim tanpa disedari pekerja-pekerja yang lain.

"Sayang okay? Penat hari ni? Baby abang okay?" Soal Hakim sambil mengelus jemari Raisa di peha isterinya itu.

Mengangguk perlahan Raisa tersenyum.

"Semua okay! Abang jangan risau. Icha muda lagi, jadi tenaga Icha masih on top," sengih Raisa menjawab.

Senyum Hakim mengusap perut Raisa lembut.

"Abang nak bawa Icha pergi klinik hari ni. Nak scan, nak tengok baby kita dah berapa minggu. Icha ada check tak dekat kalendar Icha? Bila last Icha period? Abang study tadi dekat Google, dia suruh kira dari hari first period latest Icha," jelas Hakim, menoleh pada Raisa di sebelah.

Dagu Raisa dielus lembut oleh Hakim.

Terkebil-kebil Raisa cuba mengingat. Yang dia ingat kali terakhir dia period adalah sebelum malam pertama mereka sebulan yang lepas.

"Emm, Icha rasa– waktu first time kita tu lah abang. Bulan lepas eh? Maknanya dah sebulan lah kut?" Terteleng kepala Raisa mengingat.

"Iya? Hebat jugak abang ni," sengih Hakim nakal.

Mengecil mata Raisa dengan wajah yang sudah mula membahang malu.

"Abang kan dah ada pengalaman. Sebab tu hebat kut–" balas Raisa selamba dengan tawa kecilnya.

Tertoleh kepala Hakim memandang isterinya di sebelah.

"Hmm, tak jugak–" mendatar suara Hakim dan terus diam. Seperti ingin menyambung ayatnya tetapi diam kembali Hakim tersenyum sambil mengusap kepala isterinya.

"Eh, kita nak pergi mana ni abang? Kenapa masuk mall?" Soal Raisa, wajah merapat ke tingkap melihat lokasi mereka yang sudah masuk ke lorong kawasan parkir besmen.

"Shopping baju baru nak? Untuk majlis kahwin Rai. Sambil tu kita cari barang untuk bilik tidur kita sikit. Icha okay tak? Larat?"

"Laratlah! Nak nak. Lepas tu, Icha nak aiskrim boleh?" Terkelip-kelip mata Raisa pada Hakim.

"Boleh sayang, Icha kalau ada teringin apa-apa, bagitahu terus dekat abang. Abang boleh carikan, abang boleh belikan," pesan Hakim sambil menutup enjin keretanya yang sudah di parkir cantik.

Tersenyum-senyum Raisa keluar dari kereta. Hakim meraih tangan Raisa dan berjalan masuk ke dalam pusat membeli belah.

Hampir sejam juga mereka meronda mencari baju dan barangan kelengkapan bilik tidur dan perkakas dapur.

Pelik sahaja Raisa melihat Hakim menyuruhnya untuk memilih pinggan mangkuk dan perkakas elektrik.

"Kita beli barang-barang ni lepas tu singgah rumah kita ke?" Tanya Raisa sambil membelek mesin pengisar dan periuk nasi.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now