Berpusing Raisa di hadapan cermin dengan masih bertualanya. Keluar sahaja dari bilik air, terus berlari anak dia menuju ke hadapan meja solek.
Pantulan figuranya di cermin mewah meja soleknya itu sangat jelas. Raisa cuba melihat tubuhnya dari sisi.
Tangan mengusap perutnya yang sudah sedikit timbul. Kalau diikutkan, kira-kira sudah hampir 3 bulan tetapi kandungannya sudah kelihatan walau usia masih kecil.
"Dah mandi ayang?" Soal Hakim yang tiba-tiba muncul dari belakang. Entah masa bila suaminya masuk ke dalam bilik, tidak perasan pula.
Terasa kepalanya dicium Hakim.
"Dah. Abang, cuba tengok perut Icha. Dah buncit sikit," teruja Raisa menunjukkan perutnya pada Hakim melalui pantulan figuranya di cermin.
Tersenyum Hakim memeluk Raisa dari belakang. Diusap perut isteri yang sudah mulai timbul.
"Icha kena minum susu hari-hari, ikut semua yang Nat pesan tau. Dia risau betul dengan Icha. Baru nak masuk 3 bulan bukan main anak-anak kita punya tumbesaran. Lepas tu, kalau rasa sakit kaki ke, sakit pinggang ke, bagitahu abang terus tau sayang," pesan Hakim lembut.
Bahu terdedah Raisa dicium Hakim sehingga ke leher putih isterinya.
Terlepas tawa Raisa kegelian.
"Eii, misai abang geli!"
"Geli?"
Lagi dalam leher Raisa dicium Hakim sengaja.
"Eii! Cukur misai please!" Terkekek Raisa ketawa dan cuba mengelak dari dicium Hakim.
"Abang baru nak bela misai," muncung Hakim monyok.
Tubuh Raisa dipusingkan menghadapnya.
"Ala tak payah lah. Icha geli. Cukur tau. Kalau tak, no no kiss," ugut Raisa dengan jari telunjuknya digoyang-goyang di hadapan wajah Hakim.
Terasa tangan Hakim berura-ura ingin menarik tuala Raisa tetapi pantas ditepis.
"Abang! Ish. Bukan sekarang! Baik abang pergi mandi, nanti mama bising kita lambat turun," ujar Raisa sambil mengetatkan kembali tualanya di tubuh.
"Ala, nak tengok sikit pun tak boleh~" rengek Hakim.
"Tak boleh, abang sekarang asyik lemah iman je. Baru seksi sikit, kena ngap Icha dengan abang."
Mengecil mata Hakim diperli isterinya.
"Dah tu, seksi-seksi kenapa? Icha badan dah naik sikit ni, lagi cantik abang tengok. Gebu-gebu ni type abang tau," balas Hakim nakal.
"Hari tu waktu Icha kurus pun abang kata kecil-kecil ni type abang. Ni Icha gebu-gebu pulak type abang. Yang mana satu entah!" Giat Raisa menepis lembut tangan Hakim yang menjalar di badannya.
"Oh, iya lah. Maknanya Icha macam mana pun, tetap type abang," sengih Hakim lalu mencium puncak hidung Raisa.
Dipeluk tubuh isterinya erat. Ikatan rambut Raisa dibuka Hakim lalu membelai rambut lurus lembut itu. Tiap hujung rambut Raisa dicium Hakim suka.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...