KIM-ICHA : BAB 6

2.3K 103 7
                                    

Tidak ramai manusia di dalam kafe itu mungkin kerana kebanyakan pekerja syarikat berhampiran lebih suka menghabiskan wang di restoran yang lebih berpatutan berbanding kafe mewah itu. Senyum Raisa memerhati hiasan dalaman kafe yang sangat menarik minatnya.

Unik.

"Raisa, awak lepas praktikal nak kerja dekat KR Builders tak? Selalunya kalau awak bagus, pihak pengurusan akan tawarkan kerja dekat sini," ujar Syafiq.

Memecahkan kesunyian.

"Oh iya ke? Emm, tak kut. Kita nak apply dekat Emerald Engineering. Tapi tu planning kita je. Tengoklah rezeki ada dekat mana. Syafiq dulu praktikal dekat sini ke?"

Mengangguk laju lelaki itu.

"Saya dengan Farhan praktikal dekat sini, lepas tu dapat tawaran sebulan lepas habis praktikal."

Terangkat-angkat kening Syafiq dan Farhan berbangga diri. Ceria Raisa bertepuk tangan kagum.

"Eh, Tiqah! Tu ke budak praktikal bahagian Civil and Structure yang kau kata handsome nak mampus tu?!" Soal Najiha sambil menepuk-nepuk peha Atiqah di bawah meja.

Habis semua memandang ke arah yang dituding Najiha. Kelihatan seorang lelaki tinggi berbanding lagi dua lelaki sedang berjalan masuk ke dalam kafe. Mungkin untuk makan tengah hari juga.

Melebar senyuman Raisa melihat kelibat Ean Nadiem yang sudah sedia tersenyum dan melambai ke arahnya.

"Weh, handsomenya. Dia lambai siapa tu?!" Tanya Atiqah panik.

Tidak perasan dia akan Raisa yang telah membalas lambaian Ean.

"Jiha, mata tu jaga sikit. Awak dah ada saya, bukan main tengok lelaki lain eh. Nakal betul!" Bebel Farhan tidak puas hati.

"Saya tengok on behalf Atiqah lah wak," Najiha memberi alasan.

Rugilah tidak mencuci mata waktu begini!

"Raisa! Tak bawa bekal hari ni?" Tegur Ean mesra.

Menggeleng kepala Raisa dengan senyuman.

"Lama kita tak nampak awak Ean. Duduk site eh?"

"Yup, hari ni masuk office sekejap," balas Ean tersenyum.

"Ooo, okay. Happy lunch Ean!" Raisa melambai Ean ceria.

"Awak juga. Bye. Nanti kita borak lagi eh," balas Ean lalu pamit menuju ke meja yang sudah diduduki dua rakannya.



Khusyuk masing-masing menjamu selera setelah makanan yang dipesan tiba.

"Ehem, Ean tu kawan universiti kau ke?" Soal Atiqah tidak puas hati.

Kasar sahaja tangannya memotong Chicken Chop di pinggan.

"Ya, Kak Tiqah," jawab Raisa ringkas. Spaghetti Bolognese di garfu disuap ke mulutnya.

Terjuih bibir Atiqah dan Najiha.

'Memang semua lelaki handsome kawan kau. Bos kau nak sauk, boyfriend aku pun kau nak sauk, alih alih, kawan baik dengan mamat Ean tu pulak! Eeiii, annoying! Pick me girl betul!' Jerit Najiha di dalam hati.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now