Menggeletar lutut Khalil apabila Encik Yusuf sendiri, selaku General Manager di Human Resources Department turun memanggilnya untuk berjumpa dengan Ir. Ku Adlee Raiz.
Apabila ditanya pada Encik Yusuf, langsung lelaki tua itu tidak memberi jawapan kenapa dia dipanggil oleh Pengarah Syarikat itu.
Sampai sahaja di tingkat 8, semakin ketar lutut Khalil dibuatnya. Berkerut dahinya apabila melihat Najiha sudah duduk berpeluk tubuh bertentangan dengan Encik Syed Hakim Mikael.
Di sebelah lelaki tampan berkaca mata itu pula, tidak lain tidak bukan isteri lelaki itu iaitu merangkap adik kandung pada Ir. Ku Adlee Raiz.
'Ya tuhan, apakah ini~' rintih Khalil di dalam hati.
Duduk dia di sebelah Najiha yang jelas sedang tidak berpuas hati. Wajah ketat sahaja. Sedikit pun tidak menoleh pada Khalil yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi sebelah.
"Khalil- Muhammad Khalil Ismail. 29 tahun. Bachelor of Information Technology in Information Security. Work experience with KR Builders, hmm, almost 5 years. KR Builders first company?"
Terkebil-kebil Khalil memandang Ku Adlee yang baru sahaja membacakan maklumat tentang dirinya.
"Salary kita offer pun not bad, tu yang buatkan you stay sini kan?"
Perlahan Khalil mengangguk.
"Nur Najiha Najib... 29 tahun, Bachelor of Accounting, oh first job juga dekat KR Builders ni. I remember you. I ada sekali waktu interview you kan? Such a naive girl back then-" komen Ku Adlee langsung tidak memandang pada Najiha.
Geramnya bukan kepalang apabila melihat wajah tidak bersalah yang dipamer gadis itu.
"Okaylah, Encik Yusuf boleh proceed. I ada meeting dekat luar. I cuma nak tengok muka-muka yang bakal diberhentikan ni. Muka-muka tak amanah, muka-muka pengkhianat. Make sure they don't exist in this building starting tomorrow," pesan Ku Adlee lalu bangun dia dari kerusi bersama Macbook yang diselit di celah ketiak.
Ku Adlee menepuk bahu Raisa sebelum mencium kepala adiknya itu lembut. Kemudian bahu Hakim pula ditepuk Ku Adlee sebelum beredar dia dari bilik diskusi itu meninggalkan pihak HR untuk memberikan termination letter kepada Najiha dan Khalil.
"Baiklah, saya tak nak buang masa. Straight to the point je ya-"
Jeda. Terasa sunyi bilik diskusi itu.
"Najiha tertuduh di atas kesalahan memerangkap Encik Syed Hakim Mikael bersama Ku Amra Raisa di dalam bilik stor secara sengaja dan menyebar fitnah terhadap Encik Syed Hakim Mikael dan Ku Amra Raisa. Najiha juga dituduh atas perancangannya untuk meracun Encik Syed Hakim Mikael-"
"Chop chop! En Yusuf~ apa yang Encik Yusuf dengan Tuan Adlee yakin sangat nak tuduh saya? Ada bukti ke?"
"Awak nak tengok ke? Bukti CCTV yang awak dan Khalil dah padamkan sebelum ni, awak ingat Tuan Adlee tak dapat retrieve? Awak ingat awak main-main dengan siapa Najiha? Cupcake. Awak ingat tak ada yang nampak ke awak yang bawa cupcake untuk racun Encik Syed Hakim? Office ni, banyak mata, banyak telinga Najiha. Jangan ingat awak akan terlepas dari perkara kotor yang awak dah buat selama ni," kedengaran tegas suara Encik Yusuf membidas Najiha.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...