KIM-ICHA : BAB 15

2.8K 113 15
                                    

Menoleh Hakim pada isterinya di sebelah. Nafas ditarik dalam.

"Icha..." seru Hakim perlahan. Matanya tetap fokus di jalan raya. Sesekali tangannya menolak cermin mata rapat ke wajah.

"Ya?"

"Abang minta maaf bagi pihak ibu dengan Ayaz. Abang tahu Icha tak selesa. Ibu abang tak macam mak orang lain. Dia suka cakap lepas and tak sensitif. Harap Icha tak ambil hati dengan apa yang ibu cakap."

"Eh, tak ada apalah abang. Kita okay je lah. Biasalah tu. Lain mak lain cara dia. Tak apa, kita cuba sesuaikan diri kita. Abang jangan risau," senyum Raisa.

"Pasal Ayaz tu-"

"Pasal Ayaz tu, abang jangan risau. Pandailah kita jaga diri kita. Kita cuba elakkan diri dari bertembung selalu dengan dia. Kalau tak ada apa, kita duduk dalam bilik je," pintas Raisa. Tidak sempat suaminya ingin menghabiskan ayat.

Dia tahu, Hakim pasti rasa serba salah berkenaan Harraz tadi.

Senyum Hakim memandang Raisa sekilas.

"Thank you sebab cuba faham keluarga abang," ucap Hakim.

Tangan kirinya perlahan mencapai tangan Raisa di peha lalu digenggam kemas.

Bibir Raisa diketap perlahan.

'Duh dia ni, tak tahu ke tiap kali pegang tangan, jantung ni macam nak terloncat keluar?' Getus hati Raisa sambil menunduk. Matanya ralit memandang tangan berurat milik Hakim yang setia mengelus tangan kecilnya di peha.

"Ke-kenapa abang emm, suka pegang tangan kita?" Soal Raisa tiba-tiba.

Entah dia pun tidak tahu kenapa soalan itu yang terkeluar. Suaminya seperti sudah biasa melakukan hal itu walhal mereka baru sahaja dua hari bernikah.

Menoleh kepala Hakim pada Raisa. Mencari jawapan. Lama Hakim berdiam sebelum menjawab.

"Abang cuba untuk didik hati abang, untuk biasakan bersentuh dengan Icha. Supaya abang ingat dan tak lupa yang Icha ni isteri abang. Abang harap dengan cara macam ni, cepat timbul rasa sayang dekat Icha. Sekarang pun abang sayangkan Icha sebab Icha adik kawan baik abang tapi, abang nak sayang Icha sebagai isteri. Icha okay? Ke Icha tak selesa macam ni?" Soal Hakim setelah menjelaskan niatnya.

"Err, ki-kita okay. Saja tanya," balas Raisa malu lalu membuang pandang ke luar tingkap. Tangannya yang kaku tadi dilembutkan lalu membalas genggaman tangan suaminya.



Jalan beriringan Hakim dan Raisa masuk ke setiap butik bagi mencari baju untuk dipakai ketika Aidilfitri yang bakal menjelma seminggu lagi. Berfikir-fikir Raisa untuk bergaya sedondon dengan suaminya. Pertama kali beraya bersama!

"Abang nak warna apa nanti?" Soal Raisa sambil membelek baju yang tergantung di dalam butik.

"Warna? Warna apa?"

"Warna baju raya kita berdua? Kita kena pakai sedondon!"

Terangkat kening Hakim. Baru dia teringat. Dah ada bini, kenalah sedondon dengan bini ya dak?

Terangguk-angguk kepala Hakim faham.

"Icha nak warna apa? Abang ikut je."

"Kita pilih satu warna, abang pilih satu warna. Jadi kita ada dua pasang baju. Okay tak?" Cadang Raisa dengan wajah comelnya. Mata terkelip-kelip memandang Hakim.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now