KIM-ICHA : BAB 60

3.5K 152 23
                                    

Terjaga Raisa dari lena petangnya. Terkebil-kebil dia seketika apabila menyedari akan posisinya ketika itu. Elok sahaja tubuhnya muat-muat duduk di ribaan Hakim yang sedang lena bersandar di sofa empuk ruang rehat mereka di tingkat dua.

Terpanggung kepalanya seketika memandang Hakim lena tidak berkutik. Entah masa bila dia tidur di ribaan Hakim, dia juga tidak pasti.

Seingat Raisa, mereka berdua khusyuk menonton filem dari Korea. Ketika itu Raisa masih duduk bersebelahan Hakim sambil menyandar kepala di bahu suaminya. Lengan Hakim pula dipeluk erat sebelum terlena.

Alih-alih sekarang sudah berada di ribaan suaminya itu.

'Masa bilalah awak panjat laki awak Icha?' soal Raisa di dalam hati.

"Pandang apa ayang?" Gumam Hakim perlahan.

Terangkat kening Raisa dengan tawa manjanya. Kembali dia melekapkan kepalanya ke dada Hakim dan memeluk erat tubuh suaminya itu.

"Abang ni tidur ke tak? Tahu je Icha pandang eh?"

Tersenyum Hakim lalu mengeratkan lagi pelukannya pada Raisa.

"Abang kan nujum, Apa Icha fikir pun abang boleh tahu, ni kan pulak Icha bangun tidur," balas Hakim.

Rambut Raisa diusap lembut sambil mencium kepala isterinya tidak jemu.

"Eleh, tak adalah hebat sangat pun abang punya nujum tu sebenarnya–"

"Kenapa tak hebat?!"

"Kalau abang hebat sangat baca mind Icha, tak adanya abang clueless pasal perasaan Icha dekat abang sebelum ni," sindir Raisa.

Terdiam juga Hakim lalu melepaskan tawanya. Kedua tangannya mencekup kedua belah pipi gebu Raisa geram.

"Eii, mulut dia ni ada je pandai nak jawab eh? Meh sini abang hukum mulut dia ni." Hakim mencium-cium bibir Raisa bertalu diikuti ciuman di pipi dan dahi pula.

Terkekek Raisa ketawa kegelian. Indahnya bermanja dengan suami tanpa perlu mengawal diri seperti di rumah mertuanya.

Sebelum ini, jika ingin bergurau, terpaksa mereka menahan suara supaya tidak kedengaran sehingga ke luar bilik.

Pernah sahaja Hakim mengusiknya dan menggeletek tubuhnya sehingga kedengaran tawa geli Raisa ke luar bilik. Selepas itu, pasti Yuhanis akan memerlinya tidak sudah.

"Seronoknya bergurau senda dalam bilik tu. Kerja rumah tak buat pun. Ibu jugalah nak kena buat semua benda. Ada menantu pun tak boleh harap. Tahu bergomol dengan suami je lah–"

Tidak mungkin kata-kata sindiran itu berlalu pergi tanpa meninggalkan sedikit luka di hati Raisa.

Tersenyum kelat Raisa apabila memori bersama ibu mertuanya menerjah kembali.

"Fikir apa pulak tu ayang?" Soal Hakim separa berbisik. Perasan dia akan perubahan riak wajah Raisa yang tadinya gembira tetapi menjadi sedikit kelat. Pasti ada hal yang tiba-tiba menganggu fikiran isterinya.

"Ish, perasan je dia ni. Okaylah, Icha tarik balik kata-kata Icha tadi. Nujum abang masih hebat!"

Mengecil mata Hakim memandang Raisa.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now