KIM-ICHA : BAB 3

2.8K 115 5
                                    

Pintu bilik diketuk sebelum kepala Raisa terjengul ke dalam. Hakim memanggung kepalanya melihat gerangan di muka pintu.

"Masuk Raisa. Have a sit."

Pintu dibuka luas.

Raisa menekup kedua tangannya di mulut. Mata bundarnya terbuntang luas membalas pandangan lelaki di hadapannya itu.

"Won Bin! Eh! Encik Hakim, sorry! Err, kita tak tahu tadi dekat pantri tu Encik Hakim. Sorry sangat!" Menunduk Raisa menekur ke lantai. Bibir diketap kuat akibat malu melampau.

'Ah! Dah lah kata muka dia macam Won Bin! Arghhh! Mana nak tekup muka awak ni Icha!' Jerit hati Raisa tidak keruan.

"Dia ni ke Won Bin?" Hakim menolak komputer ribanya menghadap Raisa yang masih berdiri kaku di hadapan meja.

Kepala Raisa dipanggung perlahan untuk melihat skrin komputer riba milik Hakim. Terpampang beberapa gambar milik pelakon terkenal Korea suatu ketika dahulu hasil carian di Google.

"Err, ya Encik Hakim–"

Terlepas tawa Hakim perlahan.

"I don't think I look like him? Saya handsome lagi rasanya," balas Hakim selamba.

"Of course– eh!" Sekali lagi Raisa menekup mulut dan menampar perlahan bibirnya kerana tidak behave.

Terlepas lagi tawa Hakim melihat wajah merah menyala gadis itu.

"It's okay Raisa. Duduklah," pelawa Hakim dan kembali menarik komputer riba menghadapnya.

Perlahan Raisa melabuhkan punggungnya di kerusi. Wajah Hakim dipandang berani.

'Fuh, dia nampak macam okay. Macam boleh diajak bergurau. Tak keras. Cuma nampak skema sikit,' ringkas Raisa memberikan komen setelah pertama kali bersua muka dengan lelaki itu.

"Semalam ada Geena brief apa-apa dekat awak Raisa?" Soal Hakim sambil tangan aktif menari di papan kekunci komputer ribanya.

"Aaa, ada. Geena kata, kita kerja bawah Encik Hakim, kalau nak tolong staff lain boleh, tapi your task is my first priority. Betul Encik Hakim?"

"Betul. Usually, setiap 21 hari bulan, most of them akan sibuk uruskan claim yang datang daripada our QS. You know QS?"

"Quantity Surveyor."

"Good. So, saya akan lepaskan awak untuk take experience to handle claim on 21st until 24th every month. Selebihnya, awak kerja dengan saya. Kerja dengan saya tak mudah dan tak susah. Jangan risau, saya akan guide. Erm, awak juga wajib ikut saya masuk semua meeting. Kecuali meeting dengan top management."

Hakim jeda. Menarik nafasnya sebelum menyambung.

"Kalau ada meeting dekat luar, ikut saya juga tapi Adiba akan ikut sekali. Tak manis berdua kan? Nanti kena pancung dengan abang awak tu," ujar Hakim bergurau.

Tersengih Raisa mengangguk bersetuju.

"Sepanjang waktu bekerja, kita profesional. Okay Raisa? Jangan risau, tak ada sesiapa yang akan tahu status awak dari mulut saya. I respect that."

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now