KIM-ICHA : BAB 56

3.4K 153 12
                                    

Terkocoh Kamilah keluar dari ruangan dapur menuju ke pintu utama rumah agamnya apabila diberitahu oleh Yanti akan kepulangan Raisa dan Hakim. Teruja Kamilah mengetahui anaknya sudah boleh keluar dari hospital dan terus ke rumahnya. Cukup rindu dia pada kehadiran Raisa di rumah itu.

Terhenti langkah kaki Kamilah di muka pintu apabila melihat Raisa tersenyum lebar saat melihatnya menyambut mereka di pintu.

Tetapi yang membuatkan Kamilah hairan, wajah sembab Raisa jelas menunjukkan anaknya itu baru sahaja selesai menangis. Mata tertala pada Hakim di belakang. Riak wajah sugul menantunya juga tidak dapat disorokkan lagi.

"Icha, Hakim. Masuk. Icha kenapa ni? Baru lepas menangis ke?" Soal Kamilah sambil mengintai wajah Raisa.

Kembali bertakung air mata Raisa dengan bibir tercebik menahan tangis. Hakim mengusap belakang tubuh Raisa lembut. Cuba menenangkan.

Sedari dalam kereta lagi Raisa tidak sudah menangis teresak.


"I–icha tak nak jumpa ibu dah! Icha tak nak! Sampai hati ibu kata dekat anak kita macam tu! Apa salah anak Icha?! Huuu~"

Hakim memberhentikan kereta di tepi stesen minyak berdekatan. Keluar dia dari kereta dan terus membuka pintu kereta di bahagian Raisa. Bertinggung menghadap Raisa yang masih tidak berhenti menangis.

Air mata di wajah Raisa diseka lembut oleh Hakim lalu menarik tubuh Raisa ke dalam pelukan.

"Abang minta maaf sayang... shh shh..." pujuk Hakim.

Pedih hatinya melihat Raisa terluka sebegitu sekali. Segala ayat yang keluar dari bibir Raisa bagai menoreh-noreh isi hatinya. Begitu lama isterinya menyimpan duka terhadap Yuhanis selama ni.

Terasa getaran halus dari tubuh Raisa.

Dia faham akan rasa itu. Raisa juga sepertinya. Jarang sekali menghamburkan rasa marah pada sesiapa, tetapi apabila marah itu terlepas, Tuhan sahaja yang tahu betapa kesal dan malunya bertindak menggunakan emosi. Lagi-lagi untuk orang seperti Raisa. Yang sentiasa ingin menjaga hati semua orang. Tetapi kali ini, berjaya Raisa meluahkan segala yang terpendam di hati.

"Let it out sayang. Rasa nak jerit, jerit je dekat dada abang. Nak pukul, pukul je abang. Lepaskan semua rasa tu. Jangan simpan lagi..." bisik Hakim di telinga Raisa yang berlapik tudung itu.

"Icha nak balik man–mansion... tsk tsk!" Ujar Raisa perlahan dengan sisa sedunya.

"Boleh sayang, kita jumpa mama, kita jumpa Ina. Janji awak happy." Hakim melepaskan pelukannya dari Raisa. Pipi Raisa diusap Hakim lembut.

"Le–lepas tu, ba–baru kita balik ru–rumah kita tau," balas Raisa tersedu-sedu

Jari kelingkingnya dikeluarkan dan ditala ke wajah Hakim.

Seperti biasa, Hakim akan mencium hujung jari Raisa sebelum menyambut 'pinky promise' isterinya itu.

"Anything for you, your highness," senyum Hakim lalu mencium dahi Raisa lama.

"Icha jangan rasa bersalah. Kadang-kadang kita kena lawan. Abang bukan nak ajar Icha untuk jadi kurang ajar. No. Tadi pun langsung tak dengar Icha kurang ajar. Icha cuma luahkan apa yang Icha rasa selama ni. So, don't feel pressure about it. Okay sayang?" Pujuk Hakim lembut. Tangan meramas lembut seluruh jemari Raisa.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now