Warning - Mature Content
Melilau Hakim dari dalam kereta memerhati ke dalam lobi pejabat Emerald menanti isterinya keluar tetapi tiada. Tidak nampak pula bayang isterinya sedang berbual di kaunter receptionist mahupun sedang duduk di sofa seperti selalu.
Tiba-tiba kelihatan kelibat Harraz yang baru sahaja keluar dari lif dan berjalan keluar dari lobi. Sempat mata Harraz mengerling pada kereta merah yang sangat dikenalinya. Malas mahu menegur dan terus berlalu ke arah tempat parkir motosikal di luar pejabat.
Keluh Hakim di dalam kereta. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam poket seluar. Berkerut dahinya membaca mesej yang diterima dari Raisa.
Lima minit Hakim menunggu isterinya untuk balas tetapi tiada. Cuba dia hubungi Raisa lagi tetapi masih tidak berangkat.
"Icha....." Hakim menggelengkan kepalanya. Cuba menahan sabar. Pertama kali isterinya mengingkar kata.
Yang merisaukan dia, naik kenderaan siapa Raisa pulang ke rumah? Kenapa sanggup pulang tanpanya?
Terus sahaja Hakim menekan pedal minyak dan keluar dari kawasan pejabat mewah itu.
Sampai sahaja di perkarangan rumah, kelihatan Volkswagen merah milik bekas isterinya terparkir elok di luar rumah keluarganya.
"Buat apa lagi minah ni dekat sini," gumam Hakim tidak berpuas hati.
Bergegas Hakim meluru masuk ke dalam rumah untuk mencari isterinya. Tidak dipedulikan kewujudan Julia di tengah ruang tamu rumah keluarganya itu.
"Kim! Finally I dapat jumpa you!" Sapa Julia gembira. Bingkas dia bangun dari sofa dan terus mencapai lengan Hakim dari terus menaiki tangga.
"Julia, jangan melampau please. Memang you ni dah tak tahu dosa pahala ke? I bukan suami you lagi you nak pegang-pegang macam ni!" Bentak Hakim lantas lengannya di rentap dari pegangan Julia.
"Angah! Jaga sikit bahasa tu!" Mencerlung tajam mata Yuhanis memandang anak keduanya.
"Ibu back up lagi dia ni kenapa? Ibu tak ingat ke apa yang dia dah buat? Kenapa ibu buat buta je?" Soal Hakim.
"Wow, Hakim. Dulu you sanggup ceraikan I sebab I kena tangkap basah dengan Baizi. You kata you jijik dengan I. But look at you now! Cakap besar eh? Berlagak suci. End up kena tangkap basah jugak!" Jerkah Julia geram.
Tersentak Hakim dan Yuhanis. Julia tahu?
"Ju, mana Ju tahu ni?!" Soal Yuhanis panik.
"Sebab tu Ju nak ibu suruh jugak Hakim ni jumpa dengan Ju. Ju nak dengar sendiri dari mulut dia–" balas Julia.
Beriya Julia datang ke rumah bekas mertuanya itu. Mahukan kepastian. Puas dia memujuk Yuhanis meminta Hakim untuk pulang ke rumah. Jenuh jugalah Yuhanis berfikir cara untuk Hakim pulang tanpa kehadiran Raisa. Seboleh-boleh dia tidak mahu Julia tahu akan kewujudan Raisa sebagai isteri Hakim.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...