KIM-ICHA : BAB 40 (M)

3.6K 126 18
                                    

Warning : Mature Content

Ruang legar di pusat beli belah mewah di tengah bandaraya Kuala Lumpur itu penuh dengan kehadiran peminat Ji Chang Wook, pelakon terkenal Korea Selatan. Hadir ke Kuala Lumpur sebagai duta jam tangan mewah bagi sesi pelancaran edisi terbaharu.

Terjingkit-jingkit Raisa dan Raina ingin melihat wajah pelakon kegemaran mereka itu secara jelas. Merungut-rungut mereka berdua apabila pandangan mereka terlindung dek manusia terlebih kalsium di hadapan.

Tinggi telefon bimbit diangkat Raina untuk merakam figura tinggi dan kacak itu di pentas di hadapan. Raisa pula malas mahu mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg silang yang dipakai.

Nanti minta Raina kongsi sahaja gambar-gambar Ji Chang Wook yang telah diambil. Tidak perlu dia bersusah payah mahu menjingkit untuk mengambil gambar. Cukup dapat mendengar suara lelaki kacak itu secara langsung sudah memadai.

Hampir dua jam juga mereka berdiri di ruangan legar itu melihat pelakon pujaan hati. Perut Raisa sudah mula berkeroncong minta diisi. Jam tangan dikerling. Ah, patutlah, dah waktu makan tengahari.

Terasa bergetar beg tangannya menandakan ada panggilan datang dari telefon bimbit. Menggelabah Raisa mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg silang di tubuh.

Husband

Terbuntang biji mata Raisa melihat panggilan yang datang dari suaminya itu.

"Oh my god Ina, Abang Kim call!" Raisa bersuara panik.

"Hah? Alamak! Err, jom kita pergi tempat sunyi sikit. Sini bising nanti kantoi dia dengar!" Raina terus menarik lengan Raisa untuk bergerak keluar dari ruang legar pusat membeli belah mewah tersebut.

Panggilan mati.

Menggigit jari Raisa apabila melihat lima panggilan tidak berjawab datang dari Hakim. Tidak sempat Raisa ingin menghubungi suaminya semula, masuk lagi panggilan dari Hakim.

Laju sahaja Raisa menjawab.

"Hello, abang."

"Ku Amra Raisa, where are you? Abang ada dekat office awak ni, tapi diorang ni kata awak cuti hari ni eh? Kenapa abang tak tahu? Abang rasa abang hantar awak ke office pagi tadi. Bagitahu awak dekat mana. I'll pick you up."

Tergamam Raisa. Jantung bagai berhenti berdegup. Otak juga seiring tidak memberi kerjasama. Mata terpasak pada wajah Raina yang kelihatan tertanya-tanya sambil mengangkat kening tidak tahu bencana apa yang bakal adik kembarnya ini terima.

Macam mana dia boleh tahu suami dia dalam keadaan marah? Awak. Ya, suami dia akan bahasakan diri Raisa sebagai awak. Bukan lagi Icha.

'Matilah awak Icha!'


Imbas sejam yang lepas


Tepat 1 tengahari, Hakim keluar dari bilik pejabatnya. Tuhan sahaja yang tahu betapa dia rindukan si isteri. Moodnya juga berada dalam keadaan baik sahaja dua hari ini apabila mengetahui tentang perletakan jawatan Raisa di Emerald Engineering Corp semalam dan akan bekerja bersamanya semula di KR Builders.

Disebabkan moodnya yang baik, sempat dia memberi duit kepada Adiba untuk dibelanja makan tengahari buat seluruh pekerja di Finance Department.

Terkebil-kebil Adiba saat Hakim menyelit lima keping not seratus di bawah buku nota milik Adiba.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now