KIM-ICHA : BAB 20

2.9K 115 12
                                    

Raisa mengenakan solekan tipis di wajahnya sekadar cukup untuk menambah seri di pagi raya. Raya pertama dia sebagai seorang isteri dan raya pertama dia jauh dari keluarga.

Dengar sahaja takbir raya yang bergema di seluruh taman perumahan itu, jatuh air mata Raisa rindukan Raina dan terutamanya Kamilah. Tetapi dia tetap keraskan hati tidak mahu pulang. Rajuknya masih tebal.

Tudung bawal chiffon berwarna hitam disarung ke kepala. Berseri Raisa dengan berbaju kurung moden berwarna hitam, tambah pula dengan kerongsang dari jenama mewah yang dihadiahkan oleh kakak kesayangannya, Raifa sewaktu hari nikahnya bersama Hakim.

Ah, bertambah rasa rindunya pada keluarga.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, minyak wangi disembur buat kali kedua pada seluruh tubuh.

"Kita dah siap!" Berpusing Raisa bangun dan menghadap Hakim sambil berpusing.

Ingin menunjukkan baju yang dibeli Hakim tersarung cantik pada tubuhnya.

"Abang tak siap lagi!" Bidas Hakim sambil bersusah-payah dia memakai sampin di pinggang.

"Iyalah, kita kata, kita je yang dah siap. Bukan abang."

"Ooh, abang confuse lah Icha bahasakan diri kita tu. Abang ingat Icha merujuk kita tu pada kita berdua. Cuba tukar. Bahasakan diri Icha tu, Icha," rungut Hakim.

"Alaa, tak biasalah–meh lah sini kita lipatkan sampin abang. Macam susah je pakai sendiri tu," Raisa mempelawa diri lalu mengemaskan lipatan yang telah dibuat Hakim tadi.

Tersenyum lebar Hakim tidak sangka kali ini sudah ada insan yang sudi membantunya untuk bersiap di pagi raya.

"Okay! Dah jadi!" Raisa bertepuk tangan dengan hasil lipatan sampin di pinggang Hakim.

Terus Hakim berdiri di hadapan cermin untuk melihat figuranya yang berbaju sedondon dengan Raisa. Warna hitam pilihan isterinya.

"Abang tahu ke yang abang tu handsome?" Soal Raisa polos.

"Tahu."

Mengecil mata Raisa memandang Hakim yang berwajah selamba itu. Ralit menyikat rambut.

"Mesti ramai kan perempuan-perempuan mengorat abang?"

"Entah. Yang kata abang handsome pun, abang awak lah Icha. Dia je yang selalu kata abang handsome. Dia kata nanti mesti Icha cepat jatuh cinta dengan abang," balas Hakim selamba dan terus menarik tangan Raisa untuk duduk di birai katil.

"Eii, perasan." Jeling Raisa menjuih bibir. Kaki menurut sahaja langkah Hakim dan terus melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan suaminya.

Terlepas tawa Hakim dan mencubit lembut pipi Raisa. Geram.

"Icha, kita salam-salam dalam bilik ni, lepas tu baru kita turun ke ruang tamu. Okay?"

"Eh, kenapa? Tak salam walid dengan ibu ke?" Soal Raisa hairan.

"Dekat dalam rumah ni, tak ada tradisi salam-salam mohon maaf. Dari kecil memang tak ada. Just bagi duit raya je lepas tu makan. Tapi– abang nak kita berdua jangan ikut macam tu. Kita wajib salam, wajib minta maaf tiap kali raya boleh tak Icha?"

Terkebil-kebil Raisa lalu mengangguk.

Jauh beza rasanya suasana raya kali ini. Jauh juga beza cara beraya di sini dengan di rumah agam keluarganya.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now