KIM-ICHA : BAB 58

1.5K 89 12
                                    

Mesra Hakim menyambut tetamu di muka pintu utama dewan mewah yang telah ditempah khas oleh Kamilah buat majlis perkahwinan Raifa.

Ku Adlee pula sibuk melayan rakan-rakan sekolah yang turut hadir bagi memeriahkan majlis Raifa dan Faiz. Sekali imbas, seperti reunion pula Hakim lihat.

Dari jauh Hakim melihat Raisa duduk bersandar bersama Ku Adif yang sedang enak berbaring di atas dada isterinya di meja VVIP bersama Raina. Tersenyum Hakim, puas hati melihat Raisa mendengar katanya untuk duduk sahaja, tidak perlu sibuk menyambut tetamu yang hadir.

Sambil dia menyantuni tetamu, terasa gementar juga dia mengenangkan akan persembahan yang bakal dia persembahkan sebentar lagi bersama Raisa. Selama ini, tidak pernah dia menunjukkan bakat itu di hadapan orang yang mengenalinya kecuali Firdaus.

Terasa bahunya dicuit dari belakang.

Terangkat kening Hakim apabila melihat Kamilah di belakangnya seperti ingin bertanyakan sesuatu.

"Kenapa mama?" Soal Hakim lembut.

"Kim, kalau Leo tu dah sampai, bagitahu mama tau. Mama mana kenal dia yang mana sebab tak pernah pun nampak muka," ujar Kamilah sambil matanya tercari-cari akan undangan istimewa yang dibawa Raisa.

Sedari tadi, panas punggung Kamilah duk menanti lelaki bernama Leo itu. Risau juga dia menjadi mangsa scam Raisa.

Tersenyum Hakim mengangguk.

"Sekejap lagi sampai lah tu. Nanti terus je dia naik pentas tu. Tapi, waktu bila dia nak buat persembahan tu ma?"

"Waktu Rai start makan beradab ni karang, terus Leo buat persembahan. Tu yang mama risau ni. Lagi sepuluh minit anggaran Rai akan turun dari pelamin untuk makan beradab," balas Kamilah sambil mengerling jam tangan mewah di pergelangan tangan.

"Okay ma. Jangan risau, dia ada tu sekejap lagi. Trust me. Dah jom pergi duduk dengan diorang," ujar Hakim yakin sambil menolak ibu mertuanya ke tempat duduk keluarga mereka.

Hakim memberi isyarat mata pada Raisa.

Pantas Raisa menyerahkan Ku Adif kepada Raina untuk dijaga pula. Kakak iparnya sudah hilang bersama Ku Adlee melayan rakan-rakan sekolah mereka di meja jemputan di bahagian belakang dewan. Terus lupa anak!

"Icha dah minum air asam jawa ke belum? Jangan terkeluar suara itik pulak sekejap lagi," pesan Kamilah risau.

Tipikal ibu-ibu di hari majlis perkahwinan anak. Segala hal nak dirisaukan.

"Habis, mama nak suara apa? Suara ayam nak? Kalau itik tak nak, Icha bagi suara ayam sekejap lagi," balas Raisa bergurau.

"Icha! Jangan macam-macam lah! Nyanyi elok-elok! Malu nanti dengan orang. Malu dengan Leo! Dia dah main sedap-sedap nanti, Icha bagi suara haiwan kebun pulak!" Bentak Kamilah separa panik.

Risau juga dengan anak bongsunya itu. Bab memalukan dia, nombor satu.

Terlepas tawa Raina melihat wajah cemberut ibunya.

"Ma jangan risaulah! Pernah ke Icha nyanyi tak sedap? Stella kesayangan kelab muzik U kita ni tau!" Bidas Raina dengan sisa tawanya.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now