Tergeleng kepala Syed Ali melihat isterinya ralit memilih makanan di senarai menu restoran makanan barat. Sempat lagi isterinya itu menghubungi Harraz untuk bertanyakan menu apa yang diinginkan anak bongsu kesayangannya itu.
"Order makanan biasa-biasa je tak boleh ke Anis? Apa kejadah sampai nak order dekat restoran tu. Kan mahal?" Bebel Syed Ali.
Mata tajam sahaja menjeling pada isterinya yang sedang berbaring enak di sofa sambil memilih makanan.
"Angah tak kata apa pun, abang pulak yang bising. Dia kata anything. Maksudnya tak kisahlah harga macam mana pun. Gaji anak abang tu tujuh belas ribu tau! General manager! Celah ketiak dia je lah nak bayar semua ni," juih bibir Yuhanis.
"Habis tu, awak nak habiskan semua duit dia? Dia dah ada bini, dah ada tanggungan. Tak payah lah nak mengendeng dekat dia lagi. Cukuplah dia habiskan bayar rumah ni, habiskan bayar kereta kita tu, segala barang dalam rumah ni dia support. Ni nak kikis beli makanan mahal-mahal macam tu pulak. Membazir tahu tak?!" Tinggi suara Syed Ali menegur Yuhanis yang semakin tidak tahu diri.
"Amboi! Sudahlah bang. Selama ni Anis besarkan dia, abang dekat mana? Anis sampai lupa yang Anis ada suami. Apa salahnya waktu ni angah tu balas jasa Anis selama ni. Apalah sangat takat makan ni dia nak bayar. Dia dah kahwin pun, keutamaan dia tetap pada Anis. Anis ibu dia."
"Waktu ni lah nak mengaku awak ibu dia. Sebelum ni? Jangan jilat ludah awak Anis. Dah lah, tak payah order untuk abang. Abang pergi beli sendiri dekat bazaar tu," ujar Syed Ali.
Bingkas dia bangun menuju ke bilik untuk bersiap-siap ke bazaar yang berlokasi tidak jauh dari rumah mereka.
Melirik mata Yuhanis mengekor pergerakan suaminya yang sudah hilang masuk ke dalam bilik.
"Susah betul lah orang tua tu," omel Yuhanis dan terus menghantar senarai makanan yang diinginkan kepada Hakim.
Terangkat kening Hakim membaca senarai makanan yang dipesan ibunya.
'Selera mahal hari ni eh?' Bisik hati Hakim.
Berkerut dahi Hakim membaca balasan mesej dari ibunya itu.
"Bergaduh lagi lah tu," gumam Hakim. Sudah faham dengan ragam ibu dan walidnya.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...