"Baby?! Icha pregnant?!" Soal Kamilah kuat. Hakim di sebelah sudah berkerut dahi memandang Raisa tidak percaya.
Terbahak Raisa melihat wajah masing-masing seperti keliru sambil mencerna ayatnya.
"Baby pregnant ke?!" Soal Raifa masih terkejut.
"Taklah. Saja je jawab macam tu. Nak tengok muka korang macam mana," balas Raisa dengan sisa tawanya. Tangan masih cuba membuka bungkusan hadiah yang diberi Raifa tadi.
"Icha, jangan bergurau macam tu. Terkejut abang," jeling Hakim. Rasa nak disekeh sahaja isterinya itu.
Sebelum ni, bukan main takut lagi kalau-kalau termengandung. Ni bukan main selamba je bergurau depan orang pasal tu.
"Kenapa abang takut?"
"Abang tak takut, abang takut Icha yang takut. Bukan hari tu kata tak nak ke?" Hakim mencubit pipi Raisa geram.
"Lah, kenapa pulak tak nak?!" Kamilah menyampuk.
"Bu–bukan tak nak–"
"Your food is ready!" Pelayan tiba dengan beberapa hidangan yang telah dipesan. Automatik fokus mereka pada Raisa tadi beralih arah pada makanan pula.
'Phew, tak payah jawab. Ish, mulut ni pun, nak bergurau pun gurau benda lain lah!' Raisa menepuk bibirnya perlahan.
"Hish, yang bukan-bukan je dia ni gurau. Nervous Kak Rai," bebel Raifa pada Raisa.
Masih belum move on dari gurauan Raisa tadi.
"Dah kenapa pulak Kak Rai nak nervous. Kalau betul pun, Icha yang pregnant, bukak Kak Rai!" Balas Raina. Bersuara dengan mulut penuh dengan makanan.
"Rai jangan macam-macam. Risau pulak mama korang ni. Jangan kerap sangat jumpa dengan Ashraf tu. Korang baru nak bernikah, janganlah ada kes-kes kena tangkap lagi–" terhenti kata-kata Kamilah.
Baru tersedar. Raisa dan Hakim juga terhenti kunyahan mendengar bicara Kamilah. Seolah dituju pada mereka.
"Eh sorry, mama bukan nak mengungkit–"
"No, it's okay ma. Kitorang faham," senyum Hakim membalas.
"Baby, abang sakit perutlah, nak pergi toilet sekejap," bisik Hakim pada Raisa.
"Ha? Okay abang. Eii, biadapnya perut. Baru makan, nak keluarkan balik pulak," balas Raisa berbisik juga.
Terlepas tawa Hakim mengusap kepala Raisa sebelum berlalu dari meja makan.
Tidak sampai lima minit Raisa leka berbual bersama keluarganya, tiba-tiba datang Firdaus bersama secebis nota.
Happy Birthday, Stella– Leo
Berkerut dahi Raisa lalu mendongak memandang Firdaus.
"Tu, Leo yang awak tunggu-tunggu tu dah sampai," beritahu Firdaus dengan senyuman lebarnya.
Terus menoleh Raisa pada figura lelaki kemas memakai kot hitam bersama t-shirt kosong berwarna putih berserta seluar jeans hitam. Kali ini kelihatan santai sahaja lelaki bergelar Leo itu duduk di hadapan piano. Wajah masih ditutupi topeng muka.
YOU ARE READING
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️
Romance3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertem...