KIM-ICHA : BAB 23

2.8K 124 21
                                    

Sudah hampir 4 bulan Raisa menjalani praktikalnya di KR builders di bawah seliaan Hakim secara tak langsungnya, genap sebulan juga umur perkahwinan Raisa dan suaminya.

Rakan-rakan pejabat yang lain masih tidak tahu akan status Hakim dan Raisa melainkan Adiba dan Norman. Hari-hari Raisa juga berjalan seperti biasa, masih kerap dibuli Najiha dan Atiqah bagi menyiapkan kerja yang bukan di dalam skop kerjanya.

Puas Raisa memujuk Adiba untuk tidak melaporkan pada Hakim. Kalaulah suaminya tahu akan hal itu, mahu membebel Hakim pada Najiha dan Atiqah. Risau bertambah rasa benci mereka pada dirinya.

Hakim pula sejak kebelakangan ini, semakin lama semakin overprotective. Tidak boleh orang dekat dengan dia sedikit pun. Terutamanya lelaki. Mulalah kelat wajahnya dan bertanya macam-macam.

"Lama bersembang dengan Farhan tadi? Sembang apa?" Soal Hakim sambil mata fokus memandu. Wajah tiada ekspresi.

"Bila?" Soal Raisa kembali. Berkerut dahinya cuba mengingat aktiviti dia pada hari itu.

"Buat-buat lupa eh? Tiap-tiap hari Farhan tu datang tempat Icha bersembang. Tadi sebelum balik pun sama. Sembang apa?" Soal Hakim mendatar.

"Ooo, tadi dia tanya lepas ni kita nak kerja mana? Nak buat apa? Kan lagi dua bulan je kita nak habis praktikal. Itu je. Kenapa?"

"Icha jawab apa?"

"Ala, kena cerita balik ke? Malas lah kita."

"Amboi, dengan dia boleh pulak jawab. Dengan abang pandai malas-malas? Dosa."

"Abang! Tak baiklah! Ish. Ala, kita jawab lah kita nak kerja dekat Emerald sebab teringin kerja situ. Tu je!" Memuncung bibir Raisa tidak berpuas hati.

"Hmm, lepas tu Farhan jawab apa?"

"Dia pujuk kita suruh kerja sini. Dia kata confirm Encik Syed Hakim Mikael tu serap kita masuk kerja dekat KR," jeling Raisa.

"Kenapa dia beriya nak Icha sambung kerja sini?"

"Aik, mana lah kita tahu. Cuba abang tanya dia. Tapi kita rasa, dia suka kita lah. Abang tak rasa ke? Abang kan lelaki, mesti tahu," balas Raisa sengaja.

Sengaja ingin melihat reaksi suaminya.

"Entah. Kalau dia suka, Icha suka ke? Awak tu dah ada laki. Beringat sikit," tajam jelingan Hakim pada Raisa di sebelah.

Ketawa besar Raisa melihat wajah cemberut Hakim.

"Abang jealous eh eh eh? Abang sayang kita ke? Abang dah suka kita eh eh eh?" Terkekek Raisa mentertawakan Hakim.

"Gila," gumam Hakim malas melayan.

Kereta diparkir cekap oleh Hakim berhadapan dengan bangunan kedai yang menempatkan gimnasium kegemaran Hakim selama ini. Beg baju Hakim dicapai di kerusi belakang dan terus dibawa keluar dari kereta.

Pantas tangannya menarik tangan Raisa untuk jalan tidak jauh darinya.

Kali pertama dia membawa Raisa ke pusat gym memandangkan mereka bertolak terus dari pejabat.

Sempat kaki Hakim melangkah masuk ke dalam kafe yang terletak bersebelahan dengan gimnasium itu.

"Nak minum apa intan payung abang?" Tanya Hakim sambil bercekak pinggang mendongak pada papan menu yang terletak di belakang kaunter pesanan.

KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️Where stories live. Discover now